Monday, 9 December 2013

@Medan_tempur @kulaan_niring @dahliablada @McTheoryz @sAngkAkAla78 @aril_pendangjr : Masa Untuk Bekerja AJK Bahagian Tunggul?!

Selepas pulang dari Perhimpunan Agung UMNO Malaysia yang lalu para perwakilan dan keseluruhan saf kepimpinan Bahagian2 harus memulakan langkah untuk menggerakkan parti bagi menghadapi PRU14.

Sekarang bukan masanya lagi untuk mengulas dan "mengomen" sipolan dan sipolan. Lupakan cerita betapa seronoknya berjumpa orang besar itu dan orang besar ini sewaktu PAU13 kerana bukan itu yang rakyat nak dengar. Lupakan juga cerita betapa seronoknya meneroka karnival jualan di PWTC dan betapa enaknya makan di hotel bertaraf berbintang2. Bukan itu rakyat nak dengar.

Sekarang kita harus mencari di mana tapak untuk memulakan langkah kerana masa itu tidak akan menunggu kita. Sama ada kita mengejar masa atau masa akan terus meninggalkan kita.

Kalau mahu menjadi pejuang, kurangkan masa "makan2, rehat2 dan tidur2". Pejuang harus sentiasa tercelik minda dan akalnya


Berapa ramai ahli UMNO khususnya yang memegang jawatan dalam parti terutamanya di peringkat Bahagian yang bersedia untuk menunjukkan "blue printnya" tentang apa yang akan dilakukannya dalam menggerakkan parti?

Jika KPI diambil kira maka akan ada dalam kalangan mereka yang berpeluh kerana jawatan hanya untuk kemegahan dan bukannya untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang digalas.

Aku cadangkan supaya Ketua2 Bahagian mengadakan satu sesi untuk para AJK Bahagian yang memegang portfolio masing2 supaya membentangkan kertas kerja untuk sesi pendengaran.

Selepas pembentangan maka kita lihat bagaimana AJK tersebut menggerakkan bironya bagi membuktikan bahawa mereka mampu menggalas tanggungjawab tersebut sesuai dengan jawatan yang disandang.

Jangan hanya bermegah dengan jawatan tetapi sekadar menjadi tunggul. KPI harus berdasarkan kepada mutu kerja dan bukannya berdasarkan siapa yang pandai kipas Ketua Bahagian - Bung Mukther

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@Medan_tempur @kulaan_niring @dahliablada @McTheoryz @sAngkAkAla78 @aril_pendangjr : Masa Untuk Bekerja AJK Bahagian Tunggul?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 9 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!