Monday, 23 December 2013

Letupan Di Selatan Thailand : [video] Suspek Guna Telefon Bimbit Sebagai Alat Kawalan

Tiga letupan bom buatan sendiri dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi dan 1.45 petang tadi masing-masing di hadapan Balai Polis Padang Besar (Thailand), di dalam Balai Polis Sadao dan di hadapan Hotel Oliver di pekan Danok.

Dalam kejadian letupan pertama, sebuah motosikal diletupkan di hadapan Balai Polis Padang Besar, Thailand di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi sebelum disusuli letupan yang sama di dalam kawasan Balai Polis Sadao yang terletak 10 kilometer daripada lokasi pertama.

Dalam dua kejadian berkenaan, letupan berpunca daripada motosikal yang diletakkan bahan letupan sebelum diletupkan menggunakan telefon bimbit.


Kira-kira jam 1.45 waktu Malaysia, satu lagi letupan berlaku di hadapan Hotel Oliver di sini yang berpunca daripada sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan hotel tiga bintang berkenaan.

Tinjauan Harian Metro di ketiga-tiga lokasi berkenaan mendapati kerosakan teruk hanya didapati di Balai Polis Sadao dengan merosakkan beberapa motosikal di situ manakala bahagian bawah Hotel Oliver di sini musnah teruk dengan cermin berselerakan termasuk kereta yang dieltakkan di kawasan berdekatan.

Governor Songkhla Grisada Boonrach mengesahkan perkara berkenaan dan tiada kematian dilaporkan sehingga tengah hari ini.

Pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci ekoran tiga kejadian yang mengecewakan itu, katanya.

“Kami percaya ia dilakukan mereka yang tidak berpuas hati dengan beberapa perkara dan menyelar tindakan mereka yang mencederakan sekurang-kurangnya sembilan orang dalam kejadian berkenaan.

“Pihak kami menerima laporan bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan masih menunggu laporan penuh kejadian dan pihak yang bertanggungjawab dengan kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, dua rakyat Malaysia antara 24 individu yang tercedera dalam kejadian letupan terbaring di Hotel Oliver, Danok.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan berkata kedua mereka yang cedera terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan itu sedang dirawat di klinik kesihatan di sini. - metro

Gambar File : Pasukan pemusnah bom Thailand menghadapi risiko kecederaan akibat bom kereta dan bom motosikal ini. gambar ini dirakamkan pada Julai 2011 di Naratiwat, Thailand!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Letupan Di Selatan Thailand : [video] Suspek Guna Telefon Bimbit Sebagai Alat Kawalan Daeng Selili Rating: 5 Monday, 23 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!