Saturday, 21 December 2013

Kisah Pakcik bila lagi?

Musim persekolahan hampir tiba, aku teringat kisah aku bertemu seorang pak cik lewat 60an yang selalu saiko aku agar cepat menikah. Boleh dikatakan setiap kali musim cuti sekolah mesti ada kenduri kendara dan acapkali juga aku mesti akan terserempak dengan dia.

"Kau bila lagi?" 

itulah soalan cepumas yang naik lali dah setiap kali aku bersalaman dengannya, sampai aku pon chop pak lebai ini penanggah berwawasan (tukang masak). Mana tidaknya belum sempat aku melabuhkan bontot dikerusi dia mesti tegur aku. 

Rimas pun ada..dah tu asyik tanye aku soalan tu time time orang tengah ramai dikenduri. semua orang pakat gelakkan aku..ada yang sindir aku tunggu puteri gunung ledang gamaknya..

Pernah sekali, aku tengah makan dia boleh majalkan aku dengan kawan-kawan dia kata aku BARANG TAK NAIK..

Hampeh betul!

Tadi aku pergi ziarah jenazah seorang jemaah kampung ini. aku terserempak dengan pak lebai tu, dia tengah khusyuk menyusun kerusi untuk tetamu yang datang menziarah.

tanpa ada niat membalas dendam aku berseloroh dengan pakcik itu dengan soalan yang selalu dia ajukan pada aku.

"kau bila lagi?"

terus muncung jek dia...hehehe...

Moral : Hormati warga tua/muda...Kau bila lagi?!!


Pst : Bukan beliau...

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kisah Pakcik bila lagi? Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 21 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!