Monday, 30 December 2013

Kenapa Melayu Benci Melayu?!

Rata rata pengundi muda hari ini ibarat kain putih yang bakal dicorakkan oleh pendokong parti-parti yang terdahulu, ada yang dipecat, keluar dan 'makan dua belah'. Itulah senarionya orang orang lama dalam penglibatan politik di Malaysia. Dan ini menjadikan satu titik bermulanya 'melayu benci melayu'

Wadah perjuangan 'abata' atau 'demi rakyat' hanyalah mainan dibibir sedangkan hati mengharapkan 'rezeki datang menggolek' hanya dengan memegang kuasa disebuah kelompok masyarakat. Generasi Y kini terpengaruh dan diracuni dengan pelbagai persepsi dan khabar angin kononnya 'ketuanan Melayu' wajar menyahkan bangsa lain seperti cina dan india sedangkan dalam perjanjian kemerdekaan 2 bangsa ini wajib diberi hak mereka.

Melayu malas membaca, malas belajar dan malas berniaga puncanya?! Terlalu mengharapkan suntikkan dan 'kabel besar' yang dapat menjana sedikit keuntungan jangka masa pendek lihatlah bangsa lain bersaing dengan orang melayu di pentas dan padang yang sama sedangkan kita sedia maklum mereka-mereka hanyalah 'pendatang' yang minoriti akan tetapi ekonomi kini milik mereka.

Melayu cukup terkenal dengan penyakit hati yang lebih sesuai dikelaskan sebagai 'gila' yang mana tidak boleh langsung individu yang berbangsa Melayu lebih maju, lebih kaya dan lebih berketerampilan. Jika ada nescaya akan diburuk-burukkan malah difitnah seolah olah kekayaan itu bukan berhak keatasanya..Mengapa begitu?!

Lihatlah top 10 orang paling kaya di Malaysia dan lihatlah bagaimana orang melayu dalam senarai itu dikutuk dan fitnah berbagai bagai seolah-olah duit zakar harta yang dilunaskan beliau tidak memberi manfaat kepada umat islam (melayu)!

Esok, orang melayu ramai akan jadi kayu api bangsa lain!

Aku tak layak tegur melayu!!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Kenapa Melayu Benci Melayu?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 30 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!