Sunday, 8 December 2013

#kampungstyle : Aksi Yang Hampir Mustahil Dilakukan Oleh Seorang Pemimpin Hari ini!

Siapakah manusia gila yang meredah banjir yang berada dalam paras bahaya dan jika tersilap langkah boleh menyebabkan kehilangan nyawa atau bahasa mudahnya membawa maut.

Menurut pemberi maklumat, pemandu kenderaan terbabit adalah Y.B. Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad, Ahli Parlimen Lipis, Pahang.

YB Dato Rahman yang sedang dalam misi bantuan dan menyelamat mangsa banjir di DUN CHEKA, PARLIMEN LIPIS sebenarnya telah dihalang berbuat demikian atas alasan keselamatan namun beliau berkeras mahu turun dan memandu sendiri KENDERAAN JENIS LAND CRUISER (CBN 3) untuk ke lokasi berkenaan.


Memang menakutkan tetapi itulah sebenarnya semangat seorang pemimpin yang sayangkan rakyatnya dan seorag pemimpin yang komited untuk menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawakan kepadanya maka dengan berserah kepada kekuasaan Allah SWT beliau meneruskan hasratnya itu.

Beliau memang sangat dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai YB "Kampung Style" yang boleh dikatakan langsung tidak memerlukan protokol bila mahu berjumpa dengan rakyat. 

Beliau juga seorang yang sangat lantang dalam membela nasib Melayu, lantang bersuara dan lantang juga dalam perbuatan dan itu telah dibuktikan dengan keberanian beliau meredah banjir demi memastikan nasib rakyatnya terbela.

Rakyat LIPIS memang bertuah kerana mempunyai pemimpin yang sangat berani dan bertanggungjawab. Pemimpin seperti ini harus dijadikan contoh kepada pemimpin-peminpin baru dalam kepimpinan kerajaan.


Syabas Dato' Haji Abdul Rahman!!!



crdt : Nadirakyat
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#kampungstyle : Aksi Yang Hampir Mustahil Dilakukan Oleh Seorang Pemimpin Hari ini! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 8 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!