Sunday, 22 December 2013

Isu Harga Tol Elak syarikat untung melampau - Najib Razak

Kadar tol baharu lebuhraya sedang dikaji dan diteliti oleh kerajaan supaya tidak memberi keuntungan yang tidak munasabah kepada syarikat konsesi lebuh raya sehingga membebankan rakyat.

Pada masa yang sama kerajaan juga sedang mencari jalan terbaik untuk mengurangkan beban rakyat termasuk memberi pas bermusim dengan diskaun kepada pengguna yang kerap menggunakan lebuh raya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai mengulangi komitmen kerajaan BN untuk meminimumkan kesan kenaikan kadar tol terhadap rakyat pada Jumaat.

“Kita tak naklah pemegang konsesi dapat pulangan yang terlalu tinggi, ini kerajaan sedang teliti, jangan kenaikan ini beri keuntungan yang tak munasabah kepada pengusaha tol…dan kita sedang mencari jalan bagaimana kalau ada cara lain mungkin bagi pengguna yang kerap, kita boleh bagi pas bermusim dengan diskuan kepada mereka. Ini langkah-langkah (yang) kita sedang fikirkan,” katanya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan ke-60 MCA di Wisma MCA.



Beliau berkata kutipan tol di lebuh raya adalah perlu dan tidak dapat dielakkan kerana syarikat konsesi perlu membayar balik pinjaman yang digunakan untuk membiayai pembinaan lebuh raya yang ada.

“Bila sektor swasta buat lebuh raya, sektor swasta kena pinjam duit. Anda contohnya) adalah peniaga…bolehkah anda keluarkan sendiri dana RM5 juta? Anda perlu meminjam, anda perlu ke pasaran bon, bila pergi ke pasaran bon, anda perlu membayar.

“(Duit atau pulangan pelaburan) dari mana? Daripada tol…kalau tak ada tol, kena naikkan cukai…itu pun tak kena (tidak adil) juga….tol itu (kena) pada orang yang pakai jalan (sahaja),” kata Najib yang merujuk jika cukai dinaikkan dan bukannya tol, ia bakal membabitkan keseluruhan rakyat.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Isu Harga Tol Elak syarikat untung melampau - Najib Razak Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 22 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!