Wednesday, 25 December 2013

Info Ibu Pejabat Polis Di Bom Adalah Palsu?!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan kenyataan tersebar di laman Facebook yang mendakwa berlakunya pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai dan anggota polis. 



Menurut kenyataan yang dikeluarkan PDRM hari ini, susulan penyebaran khabar angin palsu itu.

laporan polis sudah dibuat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak terus menyebarkan berita palsu. - Rakyatnews

Daeng :
Diharap manusia sebegini dihadapkan dengan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya yang membawa maksud berniat jahat untuk menghuru harakan negara. Jangan berlembut sangat wahai penguatkuasa yang diberi kuasa!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Info Ibu Pejabat Polis Di Bom Adalah Palsu?! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 25 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!