Wednesday, 11 December 2013

@HishammuddinH2O @najibrazak : Askar TLDM Mati Dibunuh?!

Agak keberatan penulis hendak menaip kisah ini kerana secara jujur, tidak banyak maklumat yang ada pada penulis.

Namun, melihat gambar dan kenyataan ini berlegar dengan begitu meluas di media sosial, maka penulis terpanggil juga membawa isu kejadian ini ke tengah.


Apa yang penulis taipkan adalah berdasarkan analisis sendiri daripada status yang dimuat naik salah seorang pengguna Facebook.

Apa yang penulis faham, mangsa dalam gambar ini dikenali sebagai Asruf dan berasal dari Sabah didakwa sebagai anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Kalau mengikut pihak yang mula-mula memuat naik gambar itu, seolah-olah ada konspirasi di pihak pegawai mangsa untuk menutup kejadian sebenar.



Mangsa dilaporkan sebagai mati lemas sedangkan dalam gambar jelas kelihatan yang mangsa seperti didera dengan kesan lebam akibat dipukul dan dicucuh dengan rokok.

Justeru, ada dua aspek penting di sini.

Pertamanya, pihak TLDM perlu menyiasat kesahihan kes itu dan menafikannya andai benar tidak berlaku sebarang penderaan. Tindakan itu perlu memandangkan ramai yang memberikan komen bahawa berlaku main kasar dalam apa yang menimpa mangsa. Dan isu ini juga semakin mendapat perhatian pengguna media sosial.


Keduanya … andai memang berlaku tindakan berunsur jenayah, maka pegawai yang atau sesiapa sahaja yang terbabit dalam kejadian itu harus diambil tindakan.

Yang pasti sesuatu perlu dilakukan demi nama baik TLDM atau demi keadilan kepada Asruf andai benar ada berlaku jenayah. - mynewshub / melvister


Update: 

Merujuk kepada berita dan gambar Asruf, anggota TLDM dikatakan mati dibunuh yang disebarkan di laman web dan juga laman sosial.

Pihak TLDM sedang menjalankan siasatan dan ketika ini menunggu laporan Post-Mortem yang dijalankan oleh JabatanForensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Sabah. 

Siasatan Terperinci akan diadakan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian LK 1 PAP Asrup Bin Raidin. Sekiranya kematian beliau diakibatkan perbuatan jenayah, Pihak TLDM akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit dan dikenalpasti menyebabkan kematian beliau.

Masyarakat dan orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan isu ini melalui portal http://www.navy.mil.my/index.php/e-aduan

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@HishammuddinH2O @najibrazak : Askar TLDM Mati Dibunuh?! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 11 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!