Sunday, 22 December 2013

Hina Bendera Malaysia : Lucut Taraf Kewarganegaraan?

Ahli-ahli Dewan Negara hari ini bersetuju agar kerajaan melucutkan taraf kewarganegaraan mana-mana pihak yang menghina Jalur Gemilang termasuk dengan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya.


Senator Muhammad Olian Abdullah ketika mencadangkan hukuman keras tersebut berkata, perbuatan menghina bendera negara adalah kesalahan serius dan tidak boleh dimaafkan kerana Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan negara.

Katanya, motif kumpulan tertentu yang berulang kali mengibarkan bendera Sang Saka Malaya termasuk pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang lalu jelas bertujuan mahu mencetuskan suasana perpecahan dalam kalangan rakyat.

"Motif jahatnya kita semua tahu, jadi setujukah mereka ini kita lucutkan kewarganegaraan," katanya ketika mencelah semasa Senator Datuk Noriah Manaf membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Cadangan itu kemudian mendapat sokongan Noriah yang berpendapat perbuatan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya adalah bertujuan mahu mengembalikan semula sejarah hitam negara sedangkan dunia sudah mengiktiraf Jalur Gemilang.


Bagaimanapun, Senator Syed Husin Ali yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat ketika sesi perbahasan sebelum dewan berhenti rehat dilihat cuba mempertahan perbuatan pihak yang mengibarkan Sang Saka Malaya apabila berkata, tindakan tersebut hanya lontaran idea daripada rakyat.

"Kita kena hormati hak bersuara setiap rakyat termasuk dalam soal memberi pandangan dalam perkara Sang Saka Malaya kerana bendera ini berkait dengan sejarah kemerdekaan negara," katanya sebelum tercetus sedikit perdebatan dalam kalangan ahli dewan. - UM 18/12/2013

Daeng:
Hormat dengan agenda provokasi yang menganjurkan tindakkan luar batasan itu dikatakan HORMAT?! Bila polis dimaki hamun dan pemimpin dihina dipanggil HORMAT?

Budak budak pembangkang mana pernah rujuk sejarah?Malah buta sejarah...Hormat aku kepada Syed Husin Ali adalah dengan "jari hantu" admin jek!!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Hina Bendera Malaysia : Lucut Taraf Kewarganegaraan? Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 22 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!