Monday, 16 December 2013

Ditawarkan Majlis Tertinggi UMNO : Luahan Ustaz Kazim Elias

Ustaz Kazim Elias ingatkan apabila beliau menolak pelantikan menganggotai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, fitnah dan kutukan terhadapnya akan berakhir.

Malangnya, selepas dua minggu, pihak yang tidak puashati terhadap penceramah agama itu masih menyerang Ustaz Kazim.

Kekesalan beliau diluahkan dalam laman Facebook yang antara lain menasihati mereka berhati-hati membuat komen, ugutan dan perli.


“Bg yg asyik dok umpat n fitnah dgn kata2 yg sangat cemar, ingat lah hidup kita tak lama, akhirat ada.. Berhati2lah dlm komen, kata2, ugutan, perli dll.. Ingat Allah,” katanya menerusi laman berkenaan petang Ahad.

Berikut luahan rasa Ustaz Kazim atau UKE:

“Apa perkataan yg paling sesuai pd puak2 yg x faham2..ingatkan bila tak terima jawatan MT dah selesai, rupanya tak habis lg, ada yg agak bodoh dok kata sy terima MT, tak habis2 fitnah umpat dan keji.Ulamak mana yg saya umpat?Tolak pun salah, terima pun salah, tak masuk politik pun salah, diam pun salah, jawab pun salah,buka sekolah pun salah, x buka pun salah?Memang dah jenis dengki, irihati, taksub atau apa? Agak2 tak berkenan jgnlah like, tp like jugak.. 

Saya tak campur politik, tak puas hati lagi ke,Sahabat2 pemberi semangat semua, kerana segelintir parasit inilah yg menjadikan Umat Islam lemah, asyik bergaduh tak habis2,cerca mencerca, kutuk mengutuk..susah bila dah set dlm minda mereka.. Geng aku bagus, syurga lain geng aku jahat, munafik bakal ahli neraka…klu inilah pegangan maka jadilah perpecahan semakin merebak.Bg yg asyik dok umpat n fitnah dgn kata2 yg sangat cemar, ingat lah hidup kita tak lama, akhirat ada.. Berhati2lah dlm komen, kata2, ugutan, perli dll.. Ingat Allah”. - Ustaz Kazim Elias

Ustaz Kazim baru-baru ini bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO menyatakan penolakkan beliau terhadap lantikan sebagai ahli MT kerana selesa berdakwah dan menguruskan sekolah agamanya.

Beliau juga tidak mahu keluarganya tertekan akibat fitnah dan cercaan pihak tidak bertanggungjawab.

Ustaz Kazim turut mendedahkan antara mengecam dan memanggilnya seperti haiwan adalah PAS.- bnbbc.my


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ditawarkan Majlis Tertinggi UMNO : Luahan Ustaz Kazim Elias Daeng Selili Rating: 5 Monday, 16 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!