Monday, 16 December 2013

DAP Mula Bercakaran Macam Anjing?!

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Jenice Lee mencetuskan sedikit kekecohan apabila dilarang menghadiri konvensyen DAP Selangor di Shah Alam. Lee sebelum ini mendakwa beliau telah memohon menghadiri konvensyen tersebut sebagai pemerhati lima minggu lalu tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.


Beliau kemudiannya membidas dan mengkritik parti itu kerana tidak menyenaraikan namanya dalam senarai kehadiran ke konvensyen tersebut.

Sementara itu, Ketua Biro Undang-Undang DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo berkata beberapa pegawai yang menjaga pintu masuk tidak membenarkan Lee memasuki dewan itu kerana beliau telah dipecat daripada parti.

“Hanya ahli DAP, perwakilan dan tetamu jemputan boleh memasuki dewan sebagai pemerhati.

“Jawapan mudah kami ialah keahlian Lee telah diuruskan oleh jawatankuasa disiplin. CEC telah mengekalkan keputusan bahawa beliau bukan lagi ahli parti,” kata Gobind.

Lee dipecat daripada DAP kerana bertanding sebagai calon Bebas pada PRU 13 lalu.

Sementara itu, ahli Parliman Petaling Jaya Utara, Tony Pua dipilih menggantikan Teresa Kok sebagai pengerusi DAP Selangor.

Gobind yang juga ahli Parlimen Puchong dipilih sebagai timbalan pengerusi manakala ADUN Sungai Pinang Datuk Teng Chang Khim dan ADUN Subang Hannah Yeoh masing-masing dipilih sebagai naib pengerusi.-bnbbc.my

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
DAP Mula Bercakaran Macam Anjing?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 16 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!