Tuesday, 17 December 2013

Bonus Untuk Kenaikan Tarif Elektrik?!

Baru baru ini kerajaan menyuarakan kenaikkan tarif elektrik!


Berapa kenaikannya?

Sehubungan dengan itu, berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj (atau 14.89%) daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj yang melibatkan 4 komponen iaitu:

Apa alasannya?

Bagi mengukuhkan kedudukan kewangan negara dan ke arah penetapan harga gas berasaskan mekanisme harga pasaran, usaha rasionalisasi subsidi merupakan langkah yang perlu diteruskan oleh Kerajaan. Di samping itu, Kerajaan juga perlu memastikan syarikat-syarikat utiliti mampu menampung peningkatan kos pembekalan elektrik dan mempertingkatkan pelaburan untuk menyediakan infrastruktur dan operasi pembekalan elektrik yang lebih baik.

Link berikut ialah kenyataan akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Maximus Ongkili mengenai kenaikan tarif letrik bermula 1 Januari 2014.

Tahun 2012, Tenaga Nasional mengaut keuntungan lebih RM1 bilion. 2013, keuntungan Tenaga Nasional adalah sebanyak RM219 juta, kejatuhan disebabkan oleh kejatuhan nilai ringgit. Kalau dianalisa kenyataan akhbar tersebut, Kerajaan sengaja mengelak untuk menyatakan berapa keuntungan yang akan dikaut oleh Tenaga Nasional dengan kenaikan tarif ini. 


Ada yang mengatakan kenaikan ini akan memberi keuntungan tambahan sebanyak RM1 bilion kepada Tenaga Nasional. Kerajaan juga dengan sengaja berdiam diri dengan pemberian bonus yang lumayan diberikan kepada kakitangan Tenaga Nasional.


JELAPANG DIMAKLUMKAN, TENAGA NASIONAL MEMBERI BONUS ANTARA 5 HINGGA 6 BULAN KEPADA KAKITANGANNYA TERMASUK PENGURUSAN ATASAN.

LEBIH MENARIK LAGI, TENAGA NASIONAL MEMINTA KAKITANGANNYA MERAHSIAKAN PEMBERIAN BONUS INI DARI PENGETAHUAN UMUM.

KALAU PERKARA INI TIDAK BENAR, KITA MINTA KERAJAAN DAN TENAGA NASIONAL TAMPIL MENAFIKAN PEMBERIAN BONUS LUMAYAN INI.

Persoalannya, WAJARKAN rakyat diperah kerana kegagalan kerajaan menguruskan perbendaharaan negara?

Kita bukan hendak menidakkan pemberian bonus kepada kakitangan TNB, tetapi janganlah melampau. sunting dari http://kedahku.blogspot.com



Daeng : Sebut pasal bonus admin nak sentuh sedikit apa yang penjawat awam terima dengan pemberian bonus yang tinggi sedangkan dasar perlaksaan rakyat tidak dipenuhi dengan MEMUASKAN, pelbagai rungutan yang diterima dari rakyat dari petugas sektor awam termasuk malas dan makan gaji buta. bab kelim jangan kira la..

Dahulu admin pernah bertugas sebagai agensi yang berhubung dengan sektor awam (badan berkanun) dilihat mereka mereka sendiri tidak berintegriti dalam melaksanakan tugas disamping asik meeting dan minum tea petang-petang sedangkan banyak kes yang wajar diselesaikan. Admin yang terpaksa mengheret beg laptop turun naik panjat pejabat tu asik meeting 4-5 kali untuk memutus satu keputusan yang cukup simple.

Dipejabat kerajaan negeri pun 2x5 semua membungkang je...Pastu menyalak guna Cuepac suh tetapkan jawatan atau naik gaji....performance macam mana? Pembangkang pulak manipulate kononnya kerajaan lembab sebab UMNO sedangkan yang puak puaka makan gaji buta tu belum tentu UMNO. Bila aku kata depan depan dorang kutuk aku mana tahu sektor awam punya susah..dah tau susah jangan pegang amanah rakyat..letak jawatan kerja tangkap ikan!



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bonus Untuk Kenaikan Tarif Elektrik?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 17 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!