Saturday, 14 December 2013

Benarkah Kesilapan Ini Merugikan Felda? #feldadihatiku

Felda Hulu Selangor kawasan itu tidak digazetkan sebagai tanah di bawah GSA?

Ini membawa erti bahawa kesemua tanah di Felda di hulu Selangor itu termasuk tanah di bawah pengurusan pertanian Felda dan di bawah Felda Plantation adalah hakmilik kerajaan Negeri Selangor.

Ini bererti Kerajaan Negeri Selangor kini boleh mengeluarkan geran tanah iaitu tanah ladang dan tanah kampung bagi peneroka-peneroka tanpa perlu menerima kebenaran daripada Felda. Untuk itu Felda perlu membayarkan semua wang yang telah dikutip oleh Felda mengenai bayaran CAC yang telah dijelaskan oleh peneroka-peneroka dan Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu menunggu supaya tanah di kawasan rancangan itu dagazetkan di bawah GSA.


Jika Kerajaan Negeri Selangor memahukan seluruh tanah di bawah pertanian dan seluruh tanah di bawah Felda Plantation di Felda Sg Tengi Selatan itu pun boleh digunakan dengan serta merta untuk projek di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Kawasan yang hampir 2000 ekar itu merupakan aset besar kepada Kerajaan Pakatan Negeri Selangor untuk merancang projek-projek yang mendatang manfaat kepada Pakatan Negeri Selangor dan tidak tertakluk kepada Felda.


Walaupun ada yang digazet di bawah GSA, itu tidaklah menghalang Kerajaan Negeri Selangor untuk mengusik tanah-tanah tersebut kerana kuasa keatas tanah terletak di bawah Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri hanya perlu mengambil tindakan tertentu untuk mengeluarkan tanah-tanah kosong itu daripada pegangan GSA.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Benarkah Kesilapan Ini Merugikan Felda? #feldadihatiku Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 14 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!