Friday, 20 December 2013

Anwar Jelaskan Isu 40,000 Pengundi Bangladesh! [video]



Geram sungguh kalau dikenang bab ini.Lihat saja pemimpin Pakatan Rakyat boleh buat muka seposen saja sekalipun kantoi nak tipu rakyat kes 40,000 pengundi hantu Bangladesh. Sampai hari ini mereka tidak berjaya kemukakan bukti mengenai pengundi hantu Bangla itu.

Petisyen pilihanraya sudah banyak dibawa ke mahkamah tapi sampai hari tidak ada pun kita dengar bukti dakwaan itu muncul. Ini satu pembohongan yang amat serius.Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak harus berdiam diri.

Mereka wajar persoalkan hal ini sampai ke lubang cacing.

Waktu sidang Parlimen yang sedang berlangsung sekarang mereka wajar terus mempersoalkan dakwaan itu agar rakyat sedar perbuatan mengarut puak pembangkang.

Ewah…setelah main isu ini masa hari pilihanraya umum ke 13 pada 5 Mei lalu pembangkang sudah buat macam tidak ada hal.Buat muka tebal saja.

Haris Hamid - Seberang Perai,Pulau Pinang

Kisah 40,000 pengundi bangla dibawa oelh Anwar di dalam kempen PRU13. Setelah dikecam hebat oleh Kerajaan Bangladesh, Anwar U-Turn dengan menafikan beliau telah membuat tuduhan kepada SPR bersekongkol dengan UMNO untuk membenarkan rakyat Bangladesh mengundi di dalam PRU13 yang lalu.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Anwar Jelaskan Isu 40,000 Pengundi Bangladesh! [video] Daeng Selili Rating: 5 Friday, 20 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!