Sunday, 15 December 2013

AMARAN BANJIR : Hujan Lebat (Peringkat Kuning)

Dikeluarkan pada: 08:00pm pada 15 Disember 2013

SEKSYEN A : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Dikeluarkan pada: 8:40am pada 15 Disember 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di negeri Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman), Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Daerah Segamat dan Mersing) mulai Rabu, 18 Disember 2013 sehingga Jumaat, 20 Disember 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.


SEKSYEN B : AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT

Dikemaskini pada: 8:00pm pada 15 Disember 2013

Ribut petir dan hujan lebat di negeri Kedah (Daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Yan dan Pendang), Perak (Daerah Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Perak Tengah, Hilir Perak dan Batang Padang), N. Sembilan (Daerah Jelebu dan Jempol), Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Jerantut) dan Sarawak : Bahagian Miri (Daerah Marudi) dan Bintulu dijangka berterusan sehingga lewat malam, Ahad 15 Disember 2013.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Kedah (Daerah Kuala Muda, Sik dan Baling), Selangor (Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Pahang (Daerah Bentong), Sabah : WP Labuan; dan Sarawak : Bahagian Miri (Daerah Miri).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
AMARAN BANJIR : Hujan Lebat (Peringkat Kuning) Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 15 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!