Friday, 27 December 2013

Agensi Meteorologi Jepun Amaran 36 Jam Tsunami?!

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran akan berlaku tsunami dalam tempoh 36 jam di kawasan Borneo sebagaimana yang tersebar di laman sosial.

Menurut jurucakap Pusat Amaran Awal Tsunami Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, selain tidak mengeluarkan amaran tsunami, JMA tidak mengesan sebarang gempa bumi yang boleh mencetuskan tsunami.


"Kita telah periksa dengan JMA, mereka tidak ada keluarkan apa-apa amaran sama ada (mengenai) tsunami atau gempa bumi," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan hujan lebat dan angin kencang di Sabah ketika ini mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai yang mengaitkannya dengan kejadian tsunami.

Sementara itu, Pengarah Meteorologi Sabah Abdul Malek Tussin berkata pihaknya juga tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami.

"Sayapun tak faham macam mana cerita begini boleh timbul," katanya.

Khabar angin bahawa tsunami akan berlaku di Borneo dalam tempoh 36 jam tersebar di laman sosial susulan sekeping gambar laut bergelora, kononnya diambil di kawasan perairan Brunei, dimuat naik di laman sosial termasuk Facebook.

Ia mencetuskan panik dalam kalangan penduduk Sabah, yang turut meluahkannya menerusi media sosial.- Bernama

Daeng :
Tak serik atau tak peka?!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Agensi Meteorologi Jepun Amaran 36 Jam Tsunami?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 27 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!