Wednesday, 18 December 2013

Ada Ceti Haram Dan Ceti Halal?!


Jumlah poster ceti haram atau Along di kawasan awam semakin berkurangan hasil Ops Cantas Khas secara berterusan. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya ASP Lyidia Mastura Alias berkata dalam ops itu, 10 individu ditahan kerana kesalahan terbabit manakala lapan daripadanya telah didakwa di mahkamah sepanjang tahun ini.

"Tindakan berikutnya, nombor telefon yang tertera di poster terbabit akan dikumpul kemudiannya kita akan membuat laporan untuk dikemukakan kepada pihak telco untuk disenarai hitam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata ops berkenaan turut mendapat kerjasama daripada anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kulaijaya.

Kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang Pindaan 2010 dan boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali. -BERNAMA



Daeng: 
Dalam surat khabar (malas nak sebut) berselerak PINJAMAN WANG BERLESEN tu kira macam mana?! 2x5 jep...

Yang BANK buat pinjaman kredit pun serupa ALONG juga, tak pasal ramai orang muda berhutang nama "blacklist".

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ada Ceti Haram Dan Ceti Halal?! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 18 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!