Monday, 23 December 2013

31 Disember Himpunan Pasti Aman?!

Seramai 50 peserta menyertai Flashmob Bantah Kenaikan Harga yang merupakan titik permulaan menjelang perhimpunan besar yang bakal dianjurkan pada 31 Disember ini.

Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa berkata, penganjuran flashmob tersebut perlu disampaikan kepada rakyat agar mengetahui fakta sebenar mengenai keputusan kerajaan menaikkan harga barang bermula tahun hadapan.


"Kita tidak menjangkakan ramai, kita datang hanya untuk memberikan satu bantahan daripada rakyat. Kita bukan mahu mengadakan demokrasi atau provokasi tetapi kita mahu memberikan satu isyarat bahawa gerakan ini akan diteruskan bukan sahaja hari ini.

"Ini sebagai langkah permulaan untuk kita menggerakkan masa terutama sekali berdepan pada 31 Disember ini dan kerajaan juga harus mengambil satu tindakan yang positif," katanya kepada pemberita ketika selesai mengadakan flashmob di hadapan Sogo disini, hari ini.

Flashmob Bantah Kenaikan Harga anjuran Jingga 13 Malaysia dilakukan bagi membantah siri kenaikan harga barang keperluan asas dan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit penerbitan akhbar mingguan The Heat.

Antara bantahan yang disuarakan oleh aktivis yang hadir semasa flashmob tersebut dijalankan termasuklan membantah kenaikan tarif elektrik, harga tol, harga bas sekolah dan bil Astro.

Turut kelihatan semasa flashmob tersebut diadakan artis, Abby Abadi dan bersama suaminya.

Aktivis memulakan perarakan bermula daripada perkarangan Sogo ke Jalan Tun Abdul Rahman sambil mengedarkan risalah kepada orang ramai yang disekitar kawasan tersebut.

Flashmob yang bermula pada jam 4 petang sehingga jam 5.30 petang itu berakhir tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Selain itu, ketika diminta untuk mengulas Perhimpunan 31 Disember ini, Fariz berkata perhimpunan tersebut merupakan satu perhimpunan aman untuk membantah kenaikkan untuk kesengsaraan yang bakal diterima oleh rakyat Malaysia.

"Kita percaya pada 31 Disember ini merupakan satu perhimpunan aman dan bukan satu perhimpunan yang bertujuan untuk seperti yang diwawarkan untuk menggulingkan kerajaan atau sebagainya.

"Ia satu protes bahawa rakyat bangkit menolak kenaikkan dan kesengsaraan yang bakal diterima oleh rakyat," katanya - Rakyatnews


Daeng:
Perhimpunan aman?! Abis berhimpun tu harga semua jadi murah ke?! Apalah yang duk terhoyong hayang nak berdemonstrasi? Adakah ini sikap rakyat Malaysia yang kononnya bertamadun?

Dikhabarkan pihak gereja menyokong perhimpunan malam tahun baru ini, ada apa apa bantuan tambahan atau agenda halus kristian untuk orang Melayu yang peratusnya akan terpekik, terlolong dan tertiarap malam itu.

Semasa banjir kat Pahang dan Terengganu asal taknak buat gerakkan bantuan sukarelawan yang terang terang lebih berfaedah dari duk gila babi kat dataran merdeka!

Ini bukan demonstrasi aman...aku amat yakin...bila berhimpun ramai2 perasan kuat..datang la sawan 2-3 babi macam Adam Bapuk, Mat Saburt, Khalid Syiah, Ambuga, Aljuburi dan soldadu2 untuk menghasut dari demo aman ke huru hara. Wait n see...KOMPOM!!!



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
31 Disember Himpunan Pasti Aman?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 23 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!