Saturday, 30 November 2013

@zambryabdkadir : Mengapa Naik Gaji Dikala Rakyat Sedang Dihimpit?!

Sidang Dun Perak semalam meluluskan perbelanjaan sebanyak RM339 juta bagi Bajet 2014. Perkara itu dipersetujui selepas kesemua Adun berbahas pada Persidangan Kelima Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Dun Perak.

Bajet yang diluluskan itu termasuklah kenaikan elaun saraan Adun daripada RM4,112.79 kepada RM6,000 sebulan.

Persidangan yang berlangsung selama lima hari bermula 25 November sehingga semalam itu turut meluluskan peruntukan sebanyak RM2.12 juta atau RM3,000 sebulan kepada semua 59 pusat khidmat Adun termasuk kawasan pembangkang.

Pemberian peruntukan kepada semua Pusat Khidmat Adun itu merupakan yang pertama kali dalam sejarah Negeri Perak. Kelulusan itu diumumkan Speaker Dun Perak, Datuk Seri SK Devamany hari ini bagi kesemua portfolio kerajaan negeri.

Sebelum diluluskan, kesemua Exco Kerajaan Negeri membuat penggulungan bagi setiap portfolio masing-masing. - UM


Dalam situasi ekonomi/keselamatan, subsidi ditarik dan isu dalaman Kerajaan. Sekarang GAJI NAIK seolah olah trend baru yang dipelopor pembangkang yang akhirnya dijadikan alasan untuk negeri negeri lain naik gaji juga (lepas ini Penang dan Johor).

Mengkomer RM6k tu kalau kuyup je memanjang kepak nak bela rakyat.Jangan kata aku tak tahu..Aku join dalam masyarakat kampung tahu la camana rupanya..Kome pakai kopiah belakon depan rakyat..Kalau ia pun naik gaji tu tolong la jangan bagi rakyat sakit hati..


Baru sahaja kisahnya naik tarif caj elektrik now berdondang sayang naik gaji pulak...apakahjadahnya semua ini?Gelojoh benar nampaknya...

Ingat RM3k yang kononnya diagihkan ke pusat Khidmat ADUN tu...Kalau rupa reban ayam atau kandang kambing siap (jangan bagi alasan..Duit dah nak tabur tu..)

(Sorry admin Kuale ini kali gua tak boleh tahan.....bak kata kawan kau, kita digelangang pro kerajaan bukan disuruhpun..tak gitu?)

-The Red Warrior-


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@zambryabdkadir : Mengapa Naik Gaji Dikala Rakyat Sedang Dihimpit?! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 30 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!