Wednesday, 20 November 2013

@ZambryAbdKadir : Aku Sudah Bersedia Jadi Pembangkang


Dari permerhatian aku sebagai orang muda merangkap pengamal media baru di Negeri Perak, PERAK bakal beralih kuasa kepada pembangkang pada PRU14 antaranya kerana tiada pemerkasaan jentera pemuda UMNO dan komponennya hingga saat ini, yang ada adalah ketagihan merebut kuasa hingga meminggirkan suara suara muda mudi yang bakal menggantikan tampuk pemerintahan dan parti politik khususnya. 

Legasi politik penyambungan anak-beranak tidak menjamin kestabilan kuasa yang bakal diperjudikan pada PRU14. 

Pembangkang menggunakan apa juga peluang dan pendekatan untuk memenangi hati pengundi muda manakala parti pemerintah hari ini mencantas idea dan peranan orang muda yang mahu bersama UMNO utk mengembeling tenaga mempertahankan pemerintah. 

Akibat dari tidak mengenangkan situasi 11 bulan Perak ditakluk pembangkang. UMNO masih lena dibuai angin bayu.. jangan persoalkan apa yang parti beri pada rakyat kerana itu adalah tanngung jawab, tetapi hari ini apa yang pemimpin UMNO lakukan untuk meneruskan survival UMNO kononnya sebagai abang kepada kompenen yang lain. 

Berapa ramai penceramah baru dilahirkan di Perak untuk membantu UMNO dalam menangkis serangan fitnah pembangkang?! 

Aku sudah bersedia, Perak jadi pembangkang..UMNO bagaimana? 







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
@ZambryAbdKadir : Aku Sudah Bersedia Jadi Pembangkang Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 20 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!