Tuesday, 12 November 2013

Video Taufan Haiyan Melanda Vietnam


Taufan Haiyan yang dilaporkan membawa puting beliung terkuat di dunia tahun ini, mula membadai Filipina awal pagi Jumaat 8 November 2013 dengan kelajuan angin sehingga 275 kilometer sejam

Menurut akhbar dalam talian negara itu yang memetik kenyataan seorang pegawai penerbangan awam berkata, beliau menerima laporan banyak mayat bergelimpangan di jalan raya di Tacloban, ibu negara Pulau Leyte, di tengah Filipina

Kapten John Andrews, Timbalan Ketua Pengarah Agensi Penerbangan Awam Filipina berkata, ramai lagi dilaporkan cedera di wilayah yang paling teruk terjejas apabila Taufan Haiyan, yang terkuat di dunia membadai Filipina sejak hari pertama

Sementara itu, ribuan anggota tentera dikerah ke kawasan terpencil bagi menjalankan kerja menyelamat dan membantu penduduk yang terjejas akibat Taufan Haiyan

Taufan Haiyan yang membadai bahagian tengah dan selatan Filipina selama seharian pada Jumaat dilaporkan menghala ke Laut China Selatan ke arah Vietnam

Vietnam mula memindahkan lebih 100,000 penduduk susulan Taufan Haiyan, yang terkuat di dunia yang membadai Filipina hingga mengakibatkan lebih 100 orang terkorban, demikian menurut media tempatan, Jumaat lepas. 

Haiyan yang melanda Filipina khamis lepas dengan kelajuan angin sehingga 315 kilometer sejam dijangka membadai ibu negara Vietnam, awal pagi jumaat. Menurut akhbar tempatan, Tuoi Tre, pihak berkuasa mula melakukan pemindahan beramai-ramai penduduk di wilayah Danang dan Quang Ngai susulan amaran berjaga-jaga bagi menghadapi ribut kencang. 

Kebanyakan sekolah di kawasan yang terjejas sudah ditutup dan penduduk di kawasan perkampungan berdekatan pantai dipindahkan ke tempat perlindungan sementara di bangunan awam yang terletak di kawasan tinggi. 

Menurut Perdana Menteri Vietnam, Tan Dung, ketika mesyuarat tergempar hari ini(Khamis lepas) berkata, walaupun Taufan Haiyan kali ini tidak terlalu kuat namun ia masih dianggap sebagai besar dan berpotensi memusnahkan banyak kediaman. 



Sumber : Pelbagai
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Video Taufan Haiyan Melanda Vietnam Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 12 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!