Monday, 18 November 2013

Tun Mahathir Disahkan Jangkitan Di Dada

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan dada.

Menurut kenyataan daripada pejabat beliau, Dr Mahathir telah disahkan mempunyai jangkitan dada dan kini sedang menjalani rawatan serta fisioterapi.

"Pasukan perubatan sedang memantau keadaan beliau dan berpuas hati dengan kemajuannya," menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir, 88, dijangka berada di IJN untuk beberapa hari bagi membolehkan pasukan perubatan memantau perkembangan lanjut beliau termasuk sesi fisioterapi dan senaman.

Doktor menasihatkan beliau tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga. - Bernama


Daeng
Mohon kita berdoa kehadrat ilahi agar Tun M segera sembuh seperti sedia kala...insyallah~!!!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tun Mahathir Disahkan Jangkitan Di Dada Daeng Selili Rating: 5 Monday, 18 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!