Thursday, 28 November 2013

Subsidi Kerajaan Hanya Pemegang Mycard Asli

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesyorkan rakyat Malaysia menukar MyKad baru yang lebih berkualiti dan mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk mengelak ia dipalsukan. 

MyKad baru dibuat menggunakan teknologi terkini dan memiliki ciri-ciri keselamatan dikatakan mudah untuk dikesan jika dipalsukan. 

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin MyKad baru itu dapat melumpuhkan sindiket pemalsuan kad pengenalan Malaysia. 


Saya mahu dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) ini, seluruh rakyat Malaysia sudah memiliki kad pengenalan berciri baru ini, katanya pada sidang media Majlis Sambutan Hari Inovasi KDN 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, semalam. 

Teliti kaedah lain 

Beliau berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga sedang meneliti kaedah lain yang boleh membantu mengesan perbezaan MyKad tulen dengan MyKad palsu tanpa perlu ke ibu pejabatnya. 

Katanya, KDN turut bercadang mengintegrasikan semua agensi di bawah seliaannya untuk membantu melaksanakan penguatkuasaan dalam membanteras sindiket pemalsuan MyKad. 

Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia turut membantu dalam menangani masalah MyKad palsu di seluruh negara dan ia akan dijalankan secara berterusan, katanya. 

Semalam, BH melaporkan KDN akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan untuk kehilangan MyKad. 

Arahan itu dibuat Ahmad Zahid berikutan kehilangan lebih 500,000 MyKad seperti yang dilaporkan JPN baru-baru ini. 

Zahid Hamidi menyifatkan jumlah kehilangan MyKad amat serius dan tidak boleh berkompromi. - bh



Daeng :
Adalah wajar Malaysia sudah sedia mengamalkan penggunaan bio-meterik bermula sekarang (mula dikaji) untung menyaring kewarganegara Malaysia yang sah.

Dan adalah berpatutan dengan tuntutan semasa contohnya pembelian barangan kawalan bersubsidi kerajaan yang hanya boleh dibekalkan kepada penduduk Malaysia sahaja, kita dakwa 50 Bilion wang Malaysia disalurkan keluar dari Malaysia kerana lambakkan pendatang yang menduduki Malaysia secara haram dan menikmati subsidi kerajaan.

Sebab terlalu banyak keistimewan rakyat malaysia disedut oleh pendatang tanpa izin tu pasal yang menjadi tarikan kepada mereka berlonggok disini...Nak nak pulak pembangkang menyalahkan kerajaan dengan lambakkan ini, abis kenapa tidak kita kurangkan tarikkan "mewah" ini dikaca mata pendatang?!


"Ada Mycard Asli, Boleh beli barang bersubsidi"

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Subsidi Kerajaan Hanya Pemegang Mycard Asli Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 28 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!