Tuesday, 19 November 2013

Sohaimi Lazim Kalah Pun Takpe?!

Aku amat bersetuju dengan teguran yang lemah lembut lagi beradap oleh blogger terbaik kedahkekl yang menegur bekas calon PRK Sungai Limau, Dr Sohaimi Lazim.

Dari hari penamaan calon berdodang sayang berbondong-bondong pertugas dan jentera Barisan Nasional dan pembangkang mengerumuni Sungai Limau dalam menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kepada calon mereka di PRK Sungai Limau.


Antara petikan artikel itu :

“Memang diakui kerajaan menggunakan jenteranya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan memberikan bantuan. Adakah kita boleh pastikan dengan bantuan seumpama itu boleh meraih undi? Jawapannya belum tentu.

“Saya lihat satu kawasan itu Fama memberikan pokok pelam dan berlori anak ayam. Saya pasti jumlah undi yang diterima dengan bilangan anak ayam yang diberi tidak sama. Ia seperti memberi bola tanggung dalam bola sepak,” katanya.

Ahmad Sohaimi turut mengakui peningkatan undi Cina kepada BN tidak berlaku kerana menurutnya jika 1,000 pengundi Cina mengundinya semasa PRK lepas maka beliau mampu memenangi pilihan raya itu.

Katanya, dalam tiga acara pertemuan bersama masyarikat Cina di Sungai Limau, terdapat majlis dihadiri seramai 400 orang tetapi pengundi sebenar di kawasan tersebut hanya kira-kira 100 pengundi Cina sahaja.

“Saya dan pemimpin MCA pada malam itu menyampaikan ceramah kepada bukan pengundi. Hadirin yang datang memberikan tepukan gemuruh sehingga ada yang berkata berdasarkan sokongan, BN mampu memenangi pilihan raya itu.

“Itulah yang dikatakan kerana tepuk kampung tergadai. Pengundi di sana beranggapan jika BN kalah sekalipun tidak memberi apa-apa makna kerana Kedah masih bersama BN. Inilah yang menjejaskan sokongan pengundi Cina selain peratus keluar mengundi Cina yang tidak begitu ramai,” katanya yang mengundang gelak tawa hadirin atas ucapannya.

Beliau tidak sepatutnya menunding jari kepada sesiapa diatas kekalahan beliau disana meskipun pelbagai aspek yang menyumbang kepada kekalah itu termasuk diantaranya Sungai Limau dilabelkan kawasan hitam oleh pemimpin UMNO kerana mereka tersangat extreme dan sanggup bergaduh dalam mempertahankan kubu mereka.

Ini hakikatnya, walaupun BN sedaya upayanya memujuk agar penduduk khususnya pengundi Sungai Limau menyokong BN, akan tetapi masa keadaan dan peranan yang perlu diperkasakan BN disana kini.

Sampai bila kita nak biarkan Sungai Limau dihanyutkan dengan dendangan pembangkang kononnya kerajaan BN meminggir mereka di Sungai Limau? Now...Tak kempen pun boleh juga bantu rakyat Sungai Limau.

PAS berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau apabila calonnya, Mohd Azam Abd Samat menang dengan majoriti 1,084 undi mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil (PRK).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk PRK DUN Sungai Limau, mengumumkan keputusan rasmi daripada 23,249 atau 85.5 peratus yang keluar mengundi, sebanyak 12,069 undi diberikan kepada PAS dan 10,985 undi kepada BN. 

Peratusan keluar mengundi itu menunjukkan penurunan berbanding 89.3 peratus pada PRU-13.Seramai 499 pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 116 anggota polis serta 58 ketua tempat mengundi (KTM) terbabit pada proses pengundian ini, yang membabitkan 59 saluran (termasuk satu peti undi pos) dan 17 tempat mengundi.

Senyum pun malas, salam pun malas.. ada hati nak kritik orang lain. adehh.. dok diam-diam la Dr Sohaimi! - mctheory



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Sohaimi Lazim Kalah Pun Takpe?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 19 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!