Sunday, 3 November 2013

PRK Sungai Limau : Hari Hari Terakhir Di Sungai Limau

Selepas kedatangan jentera Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO, Kini Datuk Paduka Mukhriz dan Tun Mahathir menghabiskan hari hari berkempen bersama penduduk N20 Sungai Limau dalam kemaraan Barisan Nasional mencuri hati pengundi disini.


Pelbagai teknik perang saraf dan fizikal yang dilakukan oleh kedua dua belah pihak penyokong didalam proses berkempen ditambah pula dengan kedangan jentera-jentera luar untuk memberikan kemungkinan besar Barisan Nasional bakal menerajui N20 demi meneruskan perjuangan arwah Ustaz Azizan yang meninggal dunia akibat penyakit yang dihadapi beliau.


Sedikit coretan dari admin yang sudah hampir 2 minggu disini membantu calon pilihan Saudara Dr. Sohaimi Lazim walaupun tidak mengenali beliau secara peribadi admin boleh rumuskan beliau adalah calon yang terbaik diantara yang hebat-hebat disini.


Seorang individu yang berpangkat tinggi didalam saff kepimpinan pendidik di Malaysia mengorbankan imbuhan dan pangkat beliau demi memperjuangkan hak dan nasib rakyat Sungai Limau yang sudah lama digengam oleh PAS sehingga wujudnya kawasan "black area" iaitu Bukit Chorus dimana penyokong Barisan Nasional dilarang KERAS untuk berkempen didalam kawasan tersebut. Perkara ini boleh dikatakan tidak profesional dan terlalu kebudak budakkan dalam kempen PAS kali ini. Admin tidak menyalahkan seluruh penyokong PAS dalam perkara ini kerana mereka yang duduk dikawasan tersebut hanya bersumberkan satu parti dalam membuat apa apa penghitungan tanpa merujuk dengan pihak kedua.


Rakyat Sungai Limau bukanlah golongan rakyat yang hidup melarat selepas pemergian Ustaz Azizan walau bagaimanapun hakikat yang penyokong pembangkang harus sedar keberuntungan rakyat sungai limau terletak kepada mereka sendiri, sekiranya mereka mengundi calon PAS atas alasan dendam dan termakan kata-kata dusta sebelah pihak admin doakan agar dia segera sedara dan kenali sendiri perjuangan PAS hari ini yang kini meletakan calon yang secara total menolak kepimpinan Ustaz Azizan Razak.

Admin tidak menghukum siapa dan apa niat kepimpinan PAS hari ini meletakkan MUSUH arwah Ustaz Azizan, cuma yang mendominasikan PAS didalamnya kini tidak seperti dahulu. Tidak hairanlah penyokong PAS hari ini terlalu ujub dan taksub kepada siapa sahaja yang baru menganggotai PAS walaupun seorang bekas artis yang kini boleh mengtalbiahkan para alim ulamak yang jauh lebih lama mendalami ilmu agama.

*Gambar Model Telekung : Boleh jadi tudung/telekung 2-1 nak order sila hubungi saya di facebook saya :)
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PRK Sungai Limau : Hari Hari Terakhir Di Sungai Limau Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 3 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!