Friday, 1 November 2013

PRK Sungai Limau : Ahli PAS Tidak Sokong Peliwat

Sudah retak menanti belah, sudah terang lagi bersuluh, itulah pepatah orang tua yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi sebenar hubungan Pakatan Rakyat antara Pas dan PKR iaitu Anwar Ibrahim. Pada PRK Sg. Limau ini ia diterjemah secara terang-terangan betapa penyokong Pas tidak lagi menyukai Anwar Ibrahim dengan melarang beliau menjejakkan kaki ke bumi Sg. Limau untuk berceramah.

Bukan satu tapi berpuluh kain rentang dan banner seperti ini sudah dinaikkan sejak malam tadi disekeliling kawasan Sg. Limau. Kain rentang seolah-olah menyambut kehadiran Anwar jika beliau masih berani menjejakkan kaki untuk berkempen.

Menurut maklumat Anwar dijangka bakal tiba ke sini pada hari ini bermula dengan sesi minum petang bersama beliau di Bilik Gerakan Angkatan Muda Keadilan Kg Selengkoh jam 4 petang sebelum beliau memulakan sesi ceramah malam ini sehingga tamat tempoh berkempen.

Semua orang di Sg. Limau ini tau bagaimana Anwar menzalimi arwah Ustaz Azizan sewaktu hayat beliau menjadi Menteri Besar. Anwar letak orangnya untuk memerhatikan dan mengawal perbelanjaan kerajaan negeri. Bukan itu saja, Anwar juga sering menghentam dan mengkritik secara terbuka cara pentadbiran Ustaz Azizan mentadbir Kedah. Bahkan lebih dahsyat lagi bila Anwar meletakkan proksi beliau menentang Ustaz Azizan.

Kini tanpa rasa bersalah atau malu dengan menggunakan alasan mahu membantu Pas berkempen di Sg. Limau Anwar sanggup menjejakkan kaki di bumi insan yang beliau pernah anggap musuh walaupun dalam geng sendiri semuanya kerana gilakan kuasa dan ingin mengukuhkan lagi pengaruh beliau dalam Pas.

Tak sabar rasanya mahu menunggu masa beliau berceramah dan berkempen sebab nak lihat berapa puluh ribu yang bakal hadir atau hanya kerusi kosong lebih banyak daripada yang mendengar ceramah.

Sumber : http://kulaanniring.blogspot.com/2013/11/pas-menghalang-anwar-ibrahim-datang-ke.html

*Jentera PRK PKR bertungkus lumus mempromosikan PKR di PRK Sungai Limau! Tapi sayang penyokong PAS sendiri tidak senang dengan kehadiran Anwar!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PRK Sungai Limau : Ahli PAS Tidak Sokong Peliwat Daeng Selili Rating: 5 Friday, 1 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!