Wednesday, 13 November 2013

Persekitaran Ruang Siber Kita Selamat [video]

Malaysia mempunyai pakar yang sentiasa bekerja menjaga keselamatan persekitaran siber bagi memastikan sistem pentadbiran dan institusi-institusi utama dalam negara tidak diceroboh anasir luar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pada masa sama, agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan siber seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Cyber Security Malaysia juga sentiasa membina sistem pertahanan untuk melindungi persekitaran siber di negara ini, katanya.

I'm BIG FANS Star Wars!
Ahmad Shabery mengakui Malaysia sentiasa menghadapi ancaman serangan siber dari luar yang sengaja cuba melumpuhkan operasi sesebuah institusi dalam negara.

"Kalau saya berada di papan besar SKMM, saya dapat melihat betapa banyak cubaan pencerobohan yang berlaku. Ia macam di suasana bilik operasi Star Wars.

Bilik Star Wars?!

"Alhamdulillah, di bawah kepimpinan agensi yang ada, kita boleh pelihara keselamatan dan kesihatan persekitaran siber kita setakat ini," katanya semasa menggulung pembahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Katanya walaupun tiada satu jaminan terhadap keselamatan dalam persekitaran siber yang semakin canggih, setiap individu mesti mengambil langkah-langkah perlu untuk melindungi diri sendiri daripada menjadi mangsa jenayah siber.

Ahmad Shabery berkata kementerian itu juga akan menimbang kemungkinan memperkenalkan 'score card' mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi di negara ini.

Katanya ini bagi membolehkan pengguna membuat perbandingan perkhidmatan yang ditawarkan sesuatu syarikat daripada aspek liputan, kadar perkhidmatan dan caj-caj lain untuk kepuasan pengguna. - Bernama, 12 November, 2013.

Daeng : 
aku nak ulas tang ini :

"Alhamdulillah, di bawah kepimpinan agensi yang ada, kita boleh pelihara keselamatan dan kesihatan persekitaran siber kita setakat ini," - Shabery

Aku tak tahu la apa drama yang DIA ORANG MAIN depan Shabery sampai Pak Menteri kita boleh keluar statement macam tu.

Dua hari lepas SKMM ada menyebut pasal PANTANG yang tidak boleh dilanggar oleh SKMM dalam proses menyekat anasir hasutan terutama ISU ALEX HINA ISLAM.

Dalam pada itu SKMM menolak tugas tersebut kepada pihak lain untuk tindakkan sedangkan yang boleh menyediakan maklumat untuk memberkas dan menyalurkan fakta dan BUKTI adalah dari kocek SKMM sendiri.Bolak balik namanya nie.

Harap Shabery jangan duk harap punahsihat-punahsihat jek...Ramai nak buat wayang dari ceritakan hal yang sebenar. Maklum la depa makan gaji..Nak buat kerja lebih..Jangan harap la... 

Dah dapat tangkap salah seorang dalam babak diatas?!
SKMM agaknya boleh tangkap tak siapa yang duk sebarkan gambar BLACKOUT SPR yang didendang oleh pembangkang?! Hinggakan menimbukan rasa tidak senang rakyat kepada SPR dulu..

Tak payah sibuk nak ulas pasal serangan siber dari luar..Kata ada command center macam filem star wars mesti hebat kan?!!Kalau tak dapat tangkap TAKDE MAKNANYA bilik star wars tuuuu.....Baik tutup buat bilik urut tapak kaki!!!!

video

Kemana pergi Bangla-Indon-Nepal dalam video ini?! Ada cubaan jejak?....Tu muka musibat mangkuk hayun duk buat video mcm ini lepas lenang....SKMM buat apa?Makan pishang?

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Persekitaran Ruang Siber Kita Selamat [video] Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 13 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!