Sunday, 10 November 2013

Perkahwinan Hantu : Jual Mayat Curi

Di China, empat orang dilaporkan telah dipenjarakan kerana menggali mayat-mayat untuk dijual sebagai pengantin wanita, dalam apa yang mereka namakan sebagai tradisi perkahwinan hantu, dimana lelaki tunggal yang meninggal dikubur bersama mayat seorang wanita sebagai jodohnya di akhirat.

Perkahwinan hantu sudah semakin jarang, tapi masih diamalkan oleh beberapa keluarga yang anak lelakinya meninggal dunia sebelum sempat berkahwin.

Biasanya pekara ini diluluskan antara kedua-dua keluarga dari yang meninggal, tapi Xian Evening News melaporkan, kumpulan empat orang itu. mencuri beberapa mayat wanita, dan setelah memandikannya, mereka menipu data perubatan dari orang yang meninggal dan menjualnya dengan harga yang tinggi.

Mahkamah di Wilayah Shaanxi menetapkan keempat-empat orang itu dengan hukuman penjara antara 28 hingga 32 bulan  dan mendakwa, mereka memanfaatkan “tradisi buruk” perkahwinan hantu di beberapa kawasan Shaanxi dan di Wilayah Shanxi yang bersebelahan untuk mengaut keuntungan RM125.27 (lebihkurang) dari jualan 10 mayat. 



Pelik pelik dengan orang china bangang, biul, bahlol, tolol, mangkuk plastik nie...Tapi kat sini bukan main cerdik lagakan penduduk Melayu asal tanah ini

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Perkahwinan Hantu : Jual Mayat Curi Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 10 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!