Wednesday, 27 November 2013

Pengiktirafan sebagai Tulang Belakang Parti?!

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berharap pergerakan Wanita akan diberi pengiktirafan oleh parti sebagai tulang belakang.

Beliau berkata, sudah tiba masanya pengiktirafan diberi kepada Wanita kerana dari segi keahlian dan perkhidmatan serta lain-lain, Wanita UMNO telah banyak berbakti kepada UMNO dan menjalankan tugas dengan baik.

"Kami pada penggal ini akan berjuang menentukan Wanita diiktiraf sebagai tulang belakang parti.

"Dari segi khidmat bakti dan perjuangan Wanita Umno sekian lama telah menjalankan tugas dengan baik," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Wanita Umno Malaysia Penggal 2013- 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Shahrizat yakin dengan kepimpinan Exco Wanita Umno mampu menjalankan tugas selaku tulang belakang Umno. 

“Kami rasakan masanya sudah tiba masanya pengiktirafan diberikan kepada Wanita sebagai tulang belakang. Sayap Pemuda belah kanan dan Puteri belah kiri.

Tetapi itu terpulang kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak. Ini hajat Wanita,” ujarnya.

Menurutnya, dengan pengiktirafan ini, ia akan menaikkan semangat Wanita Umno untuk terus berjuang dalam parti. - rakyatnews


Daeng:
Adakah sebelum ini WANITA UMNO bukan tulang belakang PARTI?! Bagaimana pula tentang hukuman tiada toleransi kepada Bekas Naib Wanita UMNO yang selama ini antara orang yang pernah memperjuangkan UMNO demi kelangsungan UMNO sebagai parti yang memerintah hari ini. 

Kecil hati seorang ibu, hanya anak anak yang tahu....Kenang budi dan kenang jasa dua perkara yang berbeza...

Lembu dengan kerbau mana lebih berharga?!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Pengiktirafan sebagai Tulang Belakang Parti?! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 27 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!