Sunday, 10 November 2013

Pembunuh Pengurus Bank Direman 7 Hari

Suspek utama dalam kes menembak mati pegawai AmBank, Norazita Abu Talib ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Nazri Omran dan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek yang memakai T Shirt berwarna hitam dan berseluar jeans biru dibawa ke Kompleks Mahkamah Majistret di sini pada jam 3.17 petang.

Dia dikawal ketat oleh lebih sepuluh anggota polis bersenjata dibawa ke Mahkamah Majistret dengan tangan digari ke belakang.

Suspek kemudian dibawa keluar pada jam 3.40 petang dengan kereta polis dan diiringgi lima kereta polis yang lain. - Sumber




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Pembunuh Pengurus Bank Direman 7 Hari Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 10 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!