Friday, 15 November 2013

N. Surendran Digantung 6 Bulan Dewan Rakyat

92 Ahli Dewan Merestuinya

Lebih satu jam Dewan Rakyat gamat apabila ahli parlimen dari parti pembangkang enggan akur dengan penjelasan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung isu penggantungan terhadap Ahli Parlimen Padang Serai (PKR) N. Surendran.

Menurut Pandikar , peraturan mesyuarat tertakluk kepada tafsiran Yang Dipertua dan jika tafsiran itu salah, ia dibenarkan untuk dikaji. 

"Apabila dikaji dengan membawa usul itu merupakan kritik kepada Yang Dipertua. Bukan bermakna Yang Dipertua tidak boleh dikritik, ada caranya. Jika kritik diluar bermakna menghina majlis kerana menghina Yang Dipertua," katanya di Dewan Rakyat pagi tadi.

Jelas Pandikar, kuasa Yang Dipertua termaktub di dalam peraturan mesyuarat 99 dan mengikut kepada definasinya.

"Bagi saya dua hari ini ialah apabila Yang Berhormat itu diarah keluar pada jam 11.30 pagi maka dia akan masuk kembali ke dewan mengikut definasi saya ialah pada jam 11.30 pagi hari ini. Tetapi dia masih mengatakan dia boleh masuk kerana ini hari kedua. Ini tafsiran-tafsiran Yang Dipertua, jangan bawa saya gaduh dan hentam saya," tegas beliau.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Gombak (PKR) Mohamed Azmin Ali yang dilihat begitu lantang mempertahankan Surendran berkata tafsiran Yang Dipertua tidak diperlukan berdasarkan kepada peraturan mesyuarat 44.

"Peraturan mesyurat 44 tidak perlu sebarang tafsiran. Saya setuju ada peruntukkan lain yang membenar Yang Dipertua memberi tafsiran, tetapi ini jelas 'crystal clear'. Tidak perlu lagi sebarang tafsiran, dia (Surendran) patut wajib masuk pada jam 10 pagi tetapi beliau dinafikan haknya (tidak dibenar masuk dewan) selama sejam setengah dari 10 pagi hingga 11.30 pagi," katanya.

Pertikaian bermula apabila Pandikar mengarahkan Surendran keluar dewan berikutan cuba membangkitkan isu Kuil di Jalan P. Ramlee di ibunegara pada 12 November baru-baru ini.

Pandikar menyifatkan isu itu sudah selesai berikutan telah menerima kenyataan daripada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan telah dimaklumkan tanah Kuil itu kini milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) malah telah menerima perintah mahkamah.

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran digantung daripada persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan berkuat kuasa serta merta kerana membuat pertuduhan liar terhadap Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia di luar Dewan, Selasa lalu. 

Usul yang dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri itu akhirnya diluluskan melalui undi belah bahagi setelah dewan gagal mencapai kata sepakat untuk membahaskannya. 

Tentangan hebat dibuat oleh Anggota Parlimen pembangkang yang mempersoal keperluan usul itu dibentang dan mencetuskan perbalahan hangat selama hampir 90 minit antara Anggota Parlimen dari kedua-dua belah. 

Undian belah bahagi itu diputuskan oleh Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee dan menyaksikan seramai 92 ahli Parlimen BN menyokongnya.

Tiada undi membantah diperolehi kerana ahli Parlimen dari pembangkang enggan mengundi.

Sebelum itu, Kiandee juga telah membuat undian secara lisan yang juga melihat lebih ramai Anggota Parlimen menyokong usul itu diluluskan berbanding menolak, namun keputusan itu tidak diterima anggota Parlimen pembangkang. 

Selasa lepas, Surendran telah diarahkan keluar dari dewan selama dua hari oleh Pandikar Amin kerana mencabar keputusan Speaker menolak usulnya untuk membahas isu perobohan struktur tambahan di kawasan luar kuil Sri Maneswarar Kaliyaman, di Jalan P Ramlee di sini. 

Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel pada Isnin lepas berkata kerja perobohan hanya membabitkan gerai dan bahagian sisi kuil itu manakala bangunan rumah ibadat itu tidak diusik dalam operasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan struktur tambahan di kuil itu pada Ahad lepas.

Surendran yang berasa tidak puas hati kemudiannya telah membuat sidang akhbar di luar dewan dan menuduh Pandikar Amin bersikap berat sebelah dan menyamakan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Zimbabwe yang dimiliki Presiden Robert Mugabe. 

Kiandee memberitahu usul itu perlu dibentangkan kerana Surendran menghina Speaker dan institusi Parlimen, justeru menjadikan isu itu berkepentingan orang ramai. 

Penjelasan itu tidak diterima Anggota Parlimen pembangkang yang menuduh usul itu berkepentingan peribadi. Malah mereka telah bangun beramai-ramai untuk menentang dan bertindak mengoyak notis usul tersebut yang telah diedar.


 sumber pelbagai

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
N. Surendran Digantung 6 Bulan Dewan Rakyat Daeng Selili Rating: 5 Friday, 15 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!