Saturday, 30 November 2013

Menteri Besar Kelantan Berjumpa Datuk Seri Najib Razak : Nik Aziz Terkejut Beruk Pulak?!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Perdana Putra di sini. 

Ahmad yang ditemui sejurus selepas perjumpaan selama kira-kira 45 minit itu berkata ia merupakan kunjungan hormat beliau selaku menteri besar Kelantan yang baru dilantik. 


Beliau berkata antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berkaitan dengan pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri. 

"...contohnya berkaitan dengan infrastruktur dan juga hal-hal lain untuk kebajikan rakyat," katanya dan menambah, isu berkaitan politik tidak dibincangkan dalam pertemuan itu. 

Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada kira-kira jam 9 pagi bersama beberapa anggota exco kerajaan negeri Kelantan, dan beliau diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika memasuki pejabat perdana menteri. 

Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei lepas, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandang jawatan menteri besar selama 23 tahun. - BERNAMA


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Datuk Ahmad Yaacob ketika menerima kunjungan Menteri Besar Kelantan itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, Semalam!


Lain pula kisahnya yang ditulis didalam Sinar Hairan harini, Dalam "qoute" penulisan tersebut Nik Aziz merangkap bekas Menteri Besar Kelatan mengatakan hampir 23 tahun Menteri Besar Kelantan sukar untuk berjumpa dengan Perdana Menteri sedangkan kita sedia maklum Dato Seri Najib Razak baru sahaja menjawat jawatan Perdana Menteri tidak sampai 5 tahun (secara rasmi pada Apr 3 2009).Nyanyuk ke apa?


Jika dizaman pemerintahan Tun Mahathir dahulu beliau tidak diberi peluang (kononnya) nak hukum DS Najib itu tidak masuk akal...tapi kenapa bila Menteri Besar baru dapat bertemu DS Najib untuk sama sama memikirkan kesusah-payahan rakyat beliau pula memasang syak wasangka? Kalau "tak buka pintu" meroyan...Dah kasi can meroyan gak.

Memang Kelantan dikuasai PAS (bukan PR) akan tetapi tidakkah harus dilentur sedikit rasa dendam tu demi rakyat kelantan?

Aku harap dalam pertemuan itu MB Kelantan ada suarakan perihal pembinaan lebuhraya kuala Krai tu. Jangan kata tak sempat pulak..kang macam macam la beruk pakatan akan membabi buta buat video salahkan kerajaan sebab "tidak pandang" Isu pembinaan lebuhraya tu.


Kadang2 paper SInar Hairan ini saling tak tumpah macam HARAMKAH...Bukan semua orang kelantan pangkah PR weh...kesian la kat aku skit hehehe....Ramai dah BN kat sana..Nik Aziz tolong diam..orang nak buat kerja rakyat..sudah sudah lewtuuu...saje je bagi bola tanggung ek?

-the red warrior-


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Menteri Besar Kelantan Berjumpa Datuk Seri Najib Razak : Nik Aziz Terkejut Beruk Pulak?! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 30 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!