Wednesday, 20 November 2013

Karpal Tak Butuhkan PAS?!

Pengerusi DAP, Karpal Singh menempelak Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob yang menuduhnya berbohong ketika menafikan pernah meminta supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas dibatalkan kerana membahayakan negara.

Sambil memberi amaran supaya Raja Ahmad Iskandar berhati-hati dalam membuat kenyataan, Karpal turut menuduh Raja Ahmad Iskandar berbohong.

"Raja Ahmad (Iskandar) sepatutnya lebih berani untuk mengeluarkan keseluruhan transkrip yang akan menunjukkan saya merujuk supaya PAS mengadakan unit yang dibarisi oleh penyokong bukan Islam yang bukan ahli secara langsung, sekali gus mengecualikan Pas dalam organisasi politik yang saya maksudkan," katanya seperti dipetik menerusi portal propembangkang, Malaysiakini hari ini.

Semalam, Raja Ahmad Iskandar mendakwa mempunyai bukti Karpal berbohong apabila menafikan beliau pernah meminta supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas dibatalkan kerana membahayakan negara.

Beliau mendedahkan, bukti tersebut terkandung dalam cakera padat rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang, 5 November lalu.

Raja Ahmad Iskandar berkata, menerusi penelitian mereka terhadap rakaman tersebut jelas menunjukkan Karpal telah berbohong apabila menyatakan beliau tidak langsung menyarankan supaya Pas dibatalkan pendaftarannya sedangkan yang sebenarnya adalah sebaliknya.

Dalam pada itu, Karpal berkata, tuduhan Raja Ahmad Iskandar itu merupakan 'penipuan' (unadulterated lie) kerana dibuat berdasarkan rakaman sidang akhbar yang tidak lengkap ketika beliau membuat kenyataan mengenai isu tersebut.

Malah, Karpal menegaskan, Pas sepatutnya berterima kasih kepada beliau berbanding mendesak supaya memohon maaf menerusi seorang ahli politik yang digambarkan beliau tidak berpengaruh (minor politican) seperti Raja Ahmad Iskandar. - Sumber




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Karpal Tak Butuhkan PAS?! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 20 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!