Wednesday, 27 November 2013

Isu Singapura Intip Malaysia : Zahid Buat Buat Terkejut Beruk

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengecam tindakan negara luar cuba mencerobohi maklumat kerahsiaan Malaysia yang merupakan tindakan amat tidak wajar.

Beliau berkata, melalui dasar terbuka Malaysia, negara sedia berkongsi maklumat yang diperlukan sekiranya maklumat tersebut melibatkan negara-negara berkenaan.

"Pada prinsipnya, maklumat-maklumat yang diklasifikasikan sebagai rahsia sepatutnya tidak ada sebuah pun negara yang berhak untuk melakukan intipan. "Jadi tidak perlu menceroboh atau cuba memantau negara kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis sambutan Hari Inovasi KDN 2013 di Universiti Putra Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.

Rentetan laporan itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat secara menyeluruh mengenai laporan terkini media itu berhubung dakwaan pembabitan Singapura, dalam kegiatan mengintip Malaysia dengan memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura hari ini untuk mendapat penjelasan.

Sementara itu, Ahmad Zahid akan memperhalusi cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya menukarkan pegawai Imigresen di pintu masuk negara setiap enam bulan bagi memastikan penyampaian sesuatu perkhidmatan dijalankan tanpa ada unsur rasuah.

"Kami dirunding oleh Ketua Pengarah JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) sendiri untuk tindakan dilakukan dengan tidak menyembunyikan soal imej tetapi soal bagaimana penyampian sesuatu perkhidmatan ini harus dijalankan tanpa unsur rasuah terutama dalam keizinan membawa masuk pekerja asing," katanya.

Beliau berkata pemantauan dan tindakan akan dilakukan terhadap mana-mana pegawai jabatan itu yang disyaki terlibat dalam rasuah. - rakyatnews


Daeng :
Dari hari kesehari aku lihat sektor awam makin dipenuhi parasit yang didominasikan oleh kepada penyangak merangkap pengkhianat.Jikalau Singapura mengintip Malaysia sekalipun kalau "tepuk sebelah tangan, mana mahunya berbunyi".

Yang tahu rahsia ini orang kerajaan, yang tahu jadual dan aturan kerajaan adalah orang kerajaan, akan tetapi mereka-mereka berhaluan pembangkang, bagaimana rahsia negara tak bocor kepada luar?

Semalam aku berbual dengan seorang BEKAS penjawat awam yang telah dilucutkan jawatannya kerana diskriminasi oleh orang atasan (khususnya yang berfahaman pembangkang didalam Kementerian Pendidikan)

Ingat bela orang kerajaan mereka nak bantu naikkan kerajaan?kutuk lagi adalah...Bonus tak pernah miss...Gaji tak penah tak naik...musibat tetap musibat!!!! [artikel rahsia kerajaan]

Ada mulut masin kata aku jeles orang kerja kerajaan haha...Kalau sebab nafsu jeles baik aku jadi pro pembangkang untuk melempiaskan nafsu jeles aku...

"Jika seseorang menerima atau memberi sesuatu Rahsia Rasmi dan bersalah dengan akta ini, maka kesalahannya boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak lebih dari tujuh tahun." - sumber
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Isu Singapura Intip Malaysia : Zahid Buat Buat Terkejut Beruk Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 27 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!