Thursday, 28 November 2013

Isu Naik Gaji ADUN : Azmin Digasak Khalid?!

"Ambil gaji lama kalau tak puas hati" kata MB Selangor kepada Azmin

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kenaikan gaji sehingga hampir 400 peratus untuk pemimpin Selangor akan tetap dilaksanakan mulai tahun depan dan meminta Timbalan Presiden PKR Azmin Ali untuk terus menerima gaji asal jika tidak bersetuju dengannya.

Khalid menolak desakan Azmin yang juga Ketua Kelab Penyokong Kerajaan Selangor supaya pertambahan gaji mendadak itu ditangguh sehingga Menteri Besar itu mengadakan dialog dengan BBC.

"Kita tidak akan kaji semula atau buat penangguhan terhadap kenaikan itu. Sebab ia dah diluluskan di dalam Dewan semalam.

"Malah persetujuan itu kita perolehi dari ADUN BN dan PR. Semuanya menyokong seratus peratus, tiada penolakan diterima,” kata Khalid.

"Jika Azmin atau mana-mana ADUN yang tidak bersetuju dengan kenaikan gaji itu, mereka boleh ambil gaji yang asal atau boleh juga dermakan lebihan," katanya kepada pemberita di Lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Azmin berkata BBC menerima bahawa gaji pemimpin negeri dan ADUN patut dinaikkan namun menyifatkan kadar kenaikan itu terlalu tinggi.

Beliau juga mendedahkan kadar kenaikan itu diputuskan oleh Khalid tanpa sebarang dialog dengan BBC.

Semalam DUN Selangor meluluskan usul menaikkan gaji Menteri Besar daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250.

Imbuhan untuk Speaker Dun dinaikkan daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 manakala Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250. Kenaikan itu membabitkan peruntukan tambahan RM5 juta setahun.

Hari ini Khalid sekali lagi menyifatkan kenaikkan gaji itu sebagai munasabah dan merujuk kepada kenaikan gaji yang dinikmati oleh pemimpin negeri Sarawak.

Bagaimanapun Azmin dan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak hujah Khalid itu dan berkata kenaikan itu terlalu tinggi dan mengejutkan banyak pihak.

Daeng :
Pemimpin Sarawak dijadikan rujukkan? Sarawak tu saiznya besar Semenanjung Malaysia la dungu.

Aku tahu si gagap ini dimanipulasikan oleh beberapa individu yang mana mereka sedar bahawa Khalid Gagap sesuai dijadikan kambing hitam dalam perkara ini sedangkan jika kita teliti dengan apa yang dilakukkan oleh Khalid bakal mengheret selangor kekancah kemerosotan kepercayaan penyokong mereka sendiri

Rafizi pernah mempertahankan usul agar menteri disarankan untuk dipotong elaun untuk meringankan beban rakyat sedangkan mereka secara membuta tuli menaikkan gaji pemerintah negeri demi tabungan dana pilihanraya yang dianggap sebagai "day light robbery"



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Isu Naik Gaji ADUN : Azmin Digasak Khalid?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 28 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!