Sunday, 10 November 2013

Isu 2 Adun BN Lompat Parti : Zambry Jawap Dengan Selamber

Dakwaan kononnya dua Anggota Dewan Undangan Negeri di Perak mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk melompat parti tidak perlu dilayan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (gambar).

Beliau berkata dakwaan di laman Twitter itu adalah mainan politik yang tidak boleh dipercayai.

"Biasalah untuk anda baca ura-ura macam-macam. Ada juga yang menyatakan saya berjumpa beberapa wakil mereka untuk bawa masuk ke sini (Barisan Nasional). Jadi, tak boleh nak pakai benda-benda ini semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Profesionalisme 1BestariNet Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Perak hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan di laman Twitter @rumahghuntoh pada Khamis lepas yang berbunyi "Pertemuan sulit dua YB BN Perak untuk melompat parti dengan @anwaribrahim di Permatang Pauh berlaku kelmarin".

Zambry berkata beliau tidak akan melayan dakwaan itu sebaliknya akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan negeri untuk kesejahteraan rakyat.

MB Perak, Zambry Kadir menganggap tweet 2 Adun BN mengadakan pertemuan sulit dengan Anwar sebagai main politik semata-mata. Ia tak boleh dipercayai, kata Zambry.

“Keadaan itu biasa terjadi dan sebelum ini juga mengatakan ada beberapa orang dari wakil pihak sana datang berjumpa saya….jadi semua yang didengari tidak boleh dipakai.”

“Ini adalah permainan politik dan bukan sesuatu yang baru bagi saya kerana pengalaman sebegini telah berlaku sejak tahun 2009 lagi,” jelasnya kepada pemberita hari ini. Katanya dia nak fokus mentadbir Perak.


“Apa yang penting sekarang, kita perlu fokus untuk mentadbir serta memimpin Perak dan kurangkan politik.

“Kalau saya asyik menumpukan kepada politik, sepanjang masa, saya berpolitik, akhirnya, saya tiada masa untuk menerajui negeri Perak.”

“Saya tidak peduli apa yang diperkatakan oleh pembangkang tersebut, biarkan mereka dan apa yang saya mahukan adalah untuk berada bersama rakyat serta negeri untuk membangunkan Perak,” jelas beliau lagi.


MB Perak sewajarnya meneliti semula semua aspek yang bakal menjurus kepada keadaan tidak stabil ini (lompat parti) "kalau tiada angin masakan pokok akak GOYANG..." Dulu siapa sangka 2 kerusi ADUN boleh membuat pemimpin PR beralih kerusi.

Secara peribadinya aku tak berkenan dengan beberapa ekor yang mengekori DS Zambry kerana mereka mereka ini tidak menyumbang kepada kekuatan UMNO Perak. Malah mereka jua yang melayan orang orang muda dengan "tangan kiri" sedangkan pucuk pimpinan UMNO/BN bakal diwariskan kepada kami golongan muda mudi bukanya yang tua bersawang yang bakal ditempah liang lahat oleh warisnya.

Walaupun aku tak berkenan dengan dua tiga kerat tu, ia bukan lesen besar aku nak meletakkan kesalahan ini terhempap diatas kepala Menteri Besar. Cuma mereka-mereka ini tidak menyedari akan hakikat ini. Insyallah PERAK BAKAL HILANG.

Aku nak petik seko..seko pun tak guna..Sabar jelah selagi aku boleh sabar...Hari ini BN bukan berkelebihan 10 kerusi ADUN tau. Aku tak goyang jadi "pembangkang" pada PRU14 sebab ini yang mereka-mereka hendakkan.


sumber : pelbagai

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Isu 2 Adun BN Lompat Parti : Zambry Jawap Dengan Selamber Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 10 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!