Tuesday, 19 November 2013

@HishammuddinH2O : Saya Tidak Setuju Pelupusan Kenderaan


Desas desus khabar angin berbunyi kononnya cadangan melupuskan kenderaan berusia 12 tahun datangnya dari Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ). Ini mengundang reaksi tidak senang dikalangan pengguna jalan raya khususnya pemilik kenderaan yang berusia lebih 12 tahun.

Ramai yang menyindir malah menuding jari kepada Menteri terutamanya tidak kira dari segala lapisan masyarakat mempersoalkan adakah cadangan ini membantu rakyat?!

Sehinggakan ada yang sanggup melemparkan kata kata biadap malah berbau hasutan kononnya ini adalha rancangan jahat kerajaan untuk membebankan rakyat sedangkan kebiasaannya jika perkara yang melibatkan pemimpin Barisan Nasional dan ia menguntungkan pembangkang pasti mereka akan buat bantahan atau sidang media mengecam cadangan ini, tetapi tidak pun...

Yang sungguh mengecewakan ada yang melatah dan meroyan. Admin mohon muhasabah diri la ea....

Kenderaan terutama yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Wong Shaw Voon berkata, kenderaan berusia terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan [baca sini]





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@HishammuddinH2O : Saya Tidak Setuju Pelupusan Kenderaan Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 19 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!