Monday, 11 November 2013

@HishammuddinH2O REFOMASI : Bukan Cara Hishamuddin

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bukanlah nama asing lagi didalam arena politik negara,Seperti mana yang kita ketahui beliau dilahirkan dalam keturunan darah pejuang.

Diantaranya ialah Dato' Onn Jaafar (Menteri Besar Johor, 1947-1950), Datuk Abdullah Jaafar (Menteri Besar Johor, 1923-1928), Dato' Mustapha Jaafar (Menteri Besar Johor, 1928-1931) serta Datuk Jaafar Mohamad (Menteri Besar Johor, 1886-1920).

Antara jasa Hishammuddin yang tidak boleh dilupakan oleh ahli UMNO ialah semasa krisis politik 1998. Hishammuddin membawa dirinya ke hadapan membantu Presiden UMNO berhadapan dengan segala macam fitnah daripada kumpulan reformasi.


Hishammuddin membawa imej toleransi yang tinggi, sabar dan tenang sepanjang karier politiknya.

Saya tidak boleh membayangkan apa akan jadi kepada rakyat Malaysia jika Hishammuddin mengarahkan supaya tindakan lebih tegas dan lebih keras dilaksanakan semasa demonstrasi haram Bersih1, Bersih2, Bersih3, Hindraf dan sebagainya.

Bayangkan, jika Hishammuddin bertindak seperti krisis Memali, saya yakin beliau akan membawa masa depan UMNO ke lembah hitam.

Namun,sikap kesabaran dan ketenangan beliau di Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjaya mengeluarkan negara kita daripada malapetaka dan krisis huru-hara.

Kepada ahli-ahli UMNO, ingatilah jasa-jasa Hishammuddin ketika zaman UMNO dan negara dalam situasi sukar, khususnya jasa-jasa Allahyarham Hussien Onn, Onn Jaafar, Abdullah Jaafar dan Jaafar Mohamad.

Sesungguhnya negara kita ini, bangsa kita ini, agama Islam yang suci ini bukan berdiri megah dengan semulajadi sebagaimana kita nikmati hari ini.

Sebenarnya ia telah melalui suatu perjalanan sejarah yang panjang, berliku dan menyayat hati. Sudah sampai masanya kita kembali ke akar budaya bangsa kita dan kenanglah jasa orang terdahulu. - metromalaya




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@HishammuddinH2O REFOMASI : Bukan Cara Hishamuddin Daeng Selili Rating: 5 Monday, 11 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!