Sunday, 17 November 2013

@HishammuddinH2O : Hero Yang Tidak Didendang

Insiden Lahad Datu, Sabah yang menggemparkan negara awal tahun ini menyedarkan semua betapa pentingnya kedaulatan negara dipelihara.

Ancaman boleh berlaku pada bila-bila masa apabila adanya peluang tetapi jika negara sudah bersedia bersatu dan rakyat sedar akan faktor penting itu, apa jua pun ancaman dan cabaran tidak akan menggugat keharmonian yang wujud.

"Banyak boleh dipelajari daripada insiden Lahad Datu dan ia telah menjadi satu kayu ukur sejauh manakah integrasi Semenanjung, Sabah, dan Sarawak," kata pensyarah kanan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Abdul Ghapa Harun.

Beliau mengakui bahawa insiden itu walaupun satu detik hitam bagi negara, ia merupakan iktibar kepada semua.



Satu Suara

Selain menyelami erti kemerdekaan dan pemangkin meledakkan semangat patriotisme, ia juga sebagai medan menyaksikan keutuhan perpaduan rakyat yang bersatu 'suara' di bawah payung Malaysia bangkit mempertahankan kedaulatan negara.

Boleh diumpamakan adik beradik, hubungan terjalin antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak sejak penggabungan Malaysia pada 16 September 1963 cukup besar kesannya.

Menurut Abdul Ghapa, tanpa mengira fahaman dan kecenderungan politik, rakyat berbilang kaum rasa tercabar dengan insiden Lahad Datu.

Mereka bangkit mempersoalkan kewajaran pencerobohan dan tidak mahu membiarkan Sabah terlepas begitu sahaja dan diperintah pengganas.

Rasa marah semakin menggelojak apabila tragedi hitam itu turut meragut nyawa lapan anggota polis dan dua tentera dalam Operasi Daulat serta mencederakan mereka yang sudah meninggal.

Berpegang teguh kepada semangat perpaduan walaupun terpisah oleh Laut China Selatan dari sudut geografinya, rakyat berbilang kaum mempersoalkan akan ke manakah perginya nilai kemanusiaan kumpulan penceroboh itu sehingga sanggup bertindak sedemikian rupa. 

"Mereka marah, rasa terancam seolah-olah rumah sendiri telah diceroboh orang. Rasa marah itu adalah tanda baik kerana itu membuktikan bahawa rakyat kita masih patriotik dan bersatu apabila kedaulatan negara tercabar," katanya. - Bernama

Daeng :

Polis Lembik?!

Semasa perhimpunan BERSIH imej Polis dicemari dengan video dan gambar yang dimanipulasikan dari lensa jahat pembangkang. Demi memberi ruang dan bertindak keatas undang-undang yang terpakai H2O Menteri KDN diketika itu menggalas tugas sukar akibat dari kehilangan pertimbangan penyokong pembangkang sehingga sanggup turun kejalanan ibarat beruk makyeh yang seolah olah bertuhankan Ambiga dan Anwar.


Tidak cukup dengan itu Kit Siang merangkap bapak komunis dengan sedaya upayanya mengkritik H2O ketika itu dengan mencabar Pasukan Keselamatan sedangkan mereka mereka usahkan menjejakkan kaki disana malah membuat pelbagai spekulasi yang mahu memburukkan kredibiliti pasukan Polis. 

Dengan secara halusnya mereka menggelarkan H2O sebagai LEMBIK @ Tidak tegas sedangkan kita sedia maklum sebarang tidakkan yang melibatkan keselamatan negera khususnya rakyat dan anggota keselamatan perlu diambil kira. Bayangkan jika ketika itu H2O mengambil jalan drastik dan melompat kuang kebelangkang apabila menyahut cabar oleh komunis tua ini apa jadi Malaysia ketika ini?! 

Ternyata H2O lebih bijak mengatur langkahnya berbanging komunis tua yang mulut tak gosok dengan terus terusan menyalahkan kerajaan 25jam 8 hari. Jika PM, H2O dan Zahid turun ke Ground Zero dimana pula HERO pembangkang...sedap duduk dikerusi empuk?!Nak ucapkan penghargaan kepada anggota Polis dan Tentera pun jauh sekali..kutuk je tau..






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@HishammuddinH2O : Hero Yang Tidak Didendang Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 17 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!