Friday, 8 November 2013

Hishammuddin Hussein Lembik?!

Menteri Lembik?!

Apakah dia maksud Name Calling ini?!
Name Calling ia didalam salah teknik propaganda iaitu Kata-kata negatif (panggilan) yang digunakan untuk membuat pandangan tidak menguntungkan persaingan dalam minda pembaca/pendengar.

Teknik ini amat biasa digunakan oleh pembangkang keatas SEMUA individu yang tidak menepati selera nafsu politik mereka.

Hasutan Pembangkang
Jika hari ini penyokong kerajaan sendiri memanggil panggil ini merujuk kepada pemimpin kerajaan, adakah ini akan membantu kerajaan untuk memajukan negara dan menepis agenda DAP khususnya. DAP tidak pernah senang dengan SESIAPA juga yang memegang jawatan Menteri Dalam Negeri (KDN). 

Lihat Zahid (selepas PRU13) cukup rancak melaksanakan tugas demi kesejahteraan negara dan rakyat dengan ops sana ops sini. Aku yakin Hishammuddin akan buat perkara yang sama jika beliau berada ditempat Zahid ketika ini. Aku tidak mempertikaikan apa yang sedang di usahakan kerajaan tetapi belaku adillah dengan pemimpin kita.

Lihat bagaimana lantangnya Kit Siang mengkritik KDN semasa kejadian pencerobohan penganas Sulu di Lahad Datu, Sedangkan gerakkan komunis yang ditunjangi DAP langsung disepikan dari pemerhatian kita.

Siapa yang lembik sebenarnya?!


Keratan BERNAMA

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin melahirkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang berterusan melabelnya sebagai pemimpin lembik terutama ketika menerajui Kementerian Dalam Negeri.


"Jauh sekali saya lembik. Kalau lembik, negara sudah huru-hara. Kalau lembik, tidak mungkin saya bawa pindaan perlembagaan kepada parti.

"Kalau lembik, tidak mungkin saya dapat bertahan selama lima tahun bersama KDN, melalui pilihan raya umum ke-13 lepas dalam keadaan aman dan selamat, dan tidak mungkin dapat melalui pemilihan parti pada hari ini," 

"Ketika berlaku pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, saya sekeluarga berkampung di sana selama tiga minggu bagi memastikan keadaan selamat. Itu pun orang kata saya lembik lagi ke?"  - Bernama

Mesti Sedar Diri
Kerana didalam UMNO sendiri ada kem A, B dan C ini terjadi kerana adanya kepentingan peribadi disetiap penyokong dengan menghamburkan kata-kata yang direka contoh oleh sang bapak komunis untuk menyerang peribadi pemimpin kerajaan.

Jika Zahid dilihat garang, cemerlang dan mampan sebagai Menteri Dalam Negeri kenapa tidak dipuji siapa ketuanya?! Kit Siang kah? Anwar kah?!

Daeng  jelas dan nyata lihat puak pembangkang akan cuba menyucuk jarum halus yang sedikit sebanyak meracuni penyokong, blogger dan pro kerajaan dengan "name calling" ini. Bermula dari mulut gampang Kit Siang dan berakhir dengan Tian Cuar. Sandiwara kepala atuk dia...Dasar pemikiran komunis!!!!

Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Wira Negara di Putrajaya 


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Hishammuddin Hussein Lembik?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 8 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!