Friday, 15 November 2013

Genting Highland Transport Bakal Digantung SPAD!

Kementerian Pengangkutan mencadangkan Kumpulan Genting mengambil alih sistem pengangkutan bas dari tanah rendah ke Genting Highland.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beberapa syarikat bas menggunakan nama "Genting" tetapi tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan syarikat yang mengendalikan sebuah taman tema  dan hiburan di tanah tinggi itu.


"Saya akan bertemu Kumpulan Genting hari ini. Saya akan mencadangkan supaya mereka mengambil alih sistem pengangkutan supaya mereka dapat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dan menjalankan operasi syarikat pengangkutan yang membawa penumpang ke atas dan membawa turun mereka dari tanah tinggi," katanya dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen pada hari Khamis.

Terdahulu, kejadian pada 21 Ogos, sebuah bas yang membawa 53 orang terjatuh ke dalam gaung berhampiran Genting Highlands, membunuh 37 penumpang dalam tragedi jalan raya paling buruk di negara ini.

Dilaporkan bahawa syarikat pengendali bas Genting Highlands Transport Sdn Bhd akan digantung oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). -rakyatnews

Daeng : Genting cukup sinonim dengan penggemar aktiviti taman tema di Malaysia walaubagaimanapun peratusan kemalangan dikawan tanah tinggi berpunca dari pelbagai aspek seperti laluan basah, angin lintang dan pelbagai lagi.

Cadangan ini dilihat lebih baik dilaksanakan dengan teliti kerana kemalangan di aras 4600 dari aras laut memungkinkan pelbagai pemasalahan. Kerap kali kemalangan belaku di kawasan tinggi ini termasuk para pengguna yang merentasi kawasan lebuhraya ini menuju ke Pahang.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Genting Highland Transport Bakal Digantung SPAD! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 15 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!