Tuesday, 26 November 2013

Gaji ADUN Naik Hingga RM11,000.00?!

ADUN Selangor dijangka menikmati kenaikan gaji sebanyak 70 peratus jika usul mengenai perkara itu diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Sin Chew Daily melaporkan, kadar kenaikan gaji ADUN Selangor adalah antara 70 hingga 80 peratus iaitu daripada RM6,000 kepada kira-kira RM11,000.
 
"Dengan lain kata, ADUN selangor mulai tahun depan akan menikmati gaji pokok sebanyak RM11,000 selain elaun sebanyak RM3,000,'' lapor akhbar itu.-25/22/2013

Selangor cadang nak naikkan gaji ADUN

Satu kertas kerja untuk menaikkan gaji dan elaun bulanan bagi kesemua 56 ADUN Selangor akan dibentangkan dalam persidangan DUN minggu depan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata cadangan itu dikemukakan dalam mesyuarat mingguan Exco hari ini untuk dibincangkan sebelum dibawa ke peringkat sidang DUN untuk kelulusan pada Isnin atau pun Selasa depan.

"Jika cadangan ini dipersetujui semua pihak, gaji dan elaun baharu Adun Selangor akan mula berkuat kuasa 1 Jan tahun depan," katanya kepada pemberita selepas menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 pada sidang DUN Jumaat.

Beliau berkata kenaikan gaji dan elaun ini adalah sebagai insentif dan dorongan kepada anggota dewan untuk bekerja lebih kuat berikutan bebanan kerja tinggi yang terpaksa ditanggung mereka.

Abdul Khalid berkata pihaknya akan menjadikan kenaikan gaji ADUN Sarawak sebagai penanda aras dalam merangka gaji dan elaun baharu ADUN Selangor.

DUN Sarawak pada 23 Mei lepas meluluskan rang undang-undang untuk menaikkan gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan Adun sebanyak kira-kira tiga kali ganda.

Sementara itu, Adun Permatang dari Barisan Nasional Sulaiman Razak ketika ditemui pemberita berkata bayaran gaji yang diterima oleh ADUN negeri Selangor adalah sekitar RM6,000.

"Jika gaji ini dicampur dengan elaun, ADUN pakatan rakyat akan memperoleh kira-kira RM12,500, manakala ADUN Barisan Nasional kira-kira RM11,500. Perbezaan antara ADUN pakatan rakyat dan BN ini adalah RM1,000," katanya.
- agenda daily

Daeng : Hahaha..Dalam terkehel kepala lagi mau sembang naik gaji, Naikkan gaji rakyat dulu la..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Gaji ADUN Naik Hingga RM11,000.00?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 26 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!