Sunday, 10 November 2013

Gadis Cantik Bunuh Diri Kerana Media Sosial?!

Carolina Picchio, gadis yang berasal dari Itali mengakhiri hidupnya dengan cara yang tragis, selepas video yang memaparkan dirinya sedang mabuk beredar luas di Facebook.

Video yang memaparkan perilakunya yang sedang mabuk tersebut tersebar luas di laman sosial terbesar "Facebook". Remaja berusia 14 tahun tersebut berusaha melaporkannya ke Facebook, agar memadam video itu. Namun gagal.

Kesan dari itu, dirinya mendapatkan komen yang merendahkannya dengan kata-kata kesat. Tidak cuma satu atau dua kali dia di buli, namun terlalu kerap menerima kritikan.



Talita, kakak mangsa, sebelumnya telah memberitahu masalah ini kepada Facebook. Bersama teman-teman Carolina, Talita melaporkan mesej dan komen mengganggu ini kepada laman web ini.

Kerana tidak mendapatkan kata balas dari Facebook, tanpa berfikir panjang Picchio telah mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri.

Melihat kes ini, pihak mahkamah Itali merancang untuk menuntut Facebook atas kelalaian yang menyebabkan nyawa orang lain melayang.

Sebelum membunuh diri, Carolina membuat kemaskini status terkini. "Maaf, aku sudah tak kuat lagi."


DS : Semoga stopa ali dan anwar tidak meniru aksi gadis ini...





sumber : detik.net

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Gadis Cantik Bunuh Diri Kerana Media Sosial?! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 10 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!