Thursday, 14 November 2013

FAM Wajar Terima Kritikan Khairy Jamaluddin

Kemelut yang tercetus antara Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal berakhir dalam masa terdekat. 

"Mungkin dalam masa terdekat, kita (FAM) akan membuat pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan," kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. 

Kemelut antara Khairy dan FAM bermula apabila menteri itu mengkritik kelemahan badan induk bola sepak itu dalam mengendalikan isu tiket dan faktor keselamatan ketika final Piala Malaysia 2013 antara Pahang dan Kelantan di Stadium Shah Alam pada 3 November lalu. 

Khairy juga dilaporkan kecewa dengan penemuan sepucuk pistol Browning automatik dalam sebuah tandas di stadium berkenaan. 

"Saya ada menghubungi YB Khairy dan saya rasa pihak YB juga akan menghantar surat kepada FAM. Selain isu itu, ada beberapa perkara lain yang hendak kita bincangkan mengenai pembangunan bola sepak," kata Hamidin. 

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran rancangan televisyen 'Mencari Ramli' Musim ketiga anjuran Telekom Malaysia Berhad (TM) di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, hari ini. 


Hamidin berkata beliau yakin masalah berbangkit boleh diselesaikan kedua-dua pihak. 
"Mungkin ada beberapa perkara yang dilaporkan dalam media yang telah disalahtafsirkan oleh pihak terbabit atau pihak yang mengikuti masalah ini," katanya. 

Namun, Hamidin sependapat dengan Khairy bahawa FAM perlu melakukan perubahan. 

"Dari dahulu lagi saya pernah katakan, kita (FAM) perlu berubah memandangkan permintaan daripada penyokong-penyokong muda sekarang ini begitu tinggi. 

Misalnya dalam isu penjualan tiket, jika 20 tahun dahulu, penjualan tiket tidak menjadi isu. 

"Bagi saya FAM sendiri tidak boleh lari daripada fokus, bola sepak minat nombor satu oleh peminat-peminat sukan, media mahupun pemimpin negara. Jadi, kita perlu menerima kritikan dan pandangan yang membina walaupun mungkin ada yang tidak membina, kita akan gunakannya sebagai panduan," katanya. 

Bagaimanapun, Hamidin berkata apa sahaja bentuk perubahan yang akan dilakukan FAM pada masa depan perlu mengikut undang-undang atau statut FAM. 

"Semua perubahan atau pandangan itu perlu kita perhalusi," katanya. - BERNAMA

Daeng :  Yang pertama syabas diucapkan kepada Saudara Khairy Jamaluddin kerana beliau "buat kerja". Hari ini acara sukan dan bola sepak khususnya semakin diberi perhatian takala suatu masa dahulu siapa pun tidak mengambil kisah tentang sukan bola sepak Malaysia.

Kita meletak perseptif positif Menteri Belia dan Sukan kita hari ini yang pantas dan agak kontroversi dengan mengkritik secara terbuka dan agak memanaskan bontot individu individu yang "termakan cili".

KJ menegur dengan cara beliau walaupun ada yang kritik beliau BIADAP dan CAKAP LEPAS sedangkan itu yang didambakan oleh majoriti rakyat Malaysia sehinggakan ada yang hati panas mempolitikkan tindakan beliau sedangkan masa depan Sukan Malaysia pada masa akan datang adalah dari komitmen yang diberikan oleh Menteri yang dipertanggung jawapkan.

Dahulu boleh dikatakan selepas era pemain bola Saudara Azman Adnan aku sendiri dah tak minat nak tengok bola apatah lagi nak beli tiket stadium perak dan bersorak untuk Khalid Jamlus.Puncanya dizaman itu bola sepak adalah anak tiri dan boleh ditaikkan dengan selamber jek kerana memang tak minat nak tengok dan perlawanan ada yang dikaitkan dengan isu RASUAH pelawanan.

Maaf kalau bahasa aku macam BIADAP tapi itulah apa yang terbuku dalam kepala aku. Warlord yang selama ini dibelakang kena sekali2 memandang kebawah dan berfikir kehadapan. Kalau KJ tegur untuk kebaikkan terimalah dengan berlapang dada kerana beliau yang diberi amanah menjaga MUTU SUKAN hari ini dan masa akan datang.

Ingat!!! PISTOL yang ditemui didalam stadium itu adalah satu petaka buruk dalam arena bola sepak kita!!!Itu belum TERJADI kira kes rogol ramai-ramai dalam stadium..Nauzubillahimizalik!!!!





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
FAM Wajar Terima Kritikan Khairy Jamaluddin Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 14 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!