Tuesday, 12 November 2013

Dewan Pemuda PAS Disindir Karpal

Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada mana-mana pihak termasuk pemimpin PAS berikutan saranannya supaya semua parti politik berasaskan kaum dan agama di negara ini dibatalkan pendaftarannya.

Beliau bagaimanapun mengakui ada membuat saranan itu dalam satu sidang akhbar baru-baru ini tetapi mendakwa saranan itu ditujukan kepada Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), bukan dikhususkan kepada parti PAS.

“Saya membuat saranan ini ke atas PPMM kerana membuat ugutan jenayah terhadap Majlis Peguam supaya tidak menyokong rayuan akhbar Katolik The Herald berhubung keputusan Mahkamah Rayuan terhadap penggunaan kalimah Allah.

“Saya tidak meminta pembatalan pendaftaran PAS pada sidang akhbar itu. Oleh itu permintaan daripada pemimpin PAS untuk meminta maaf tidak akan dipenuhi. Yang ini saya boleh memberi jaminan kepada mereka,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.


Karpal turut mengakui beliau menyarankan supaya parti politik termasuk PAS dan badan profesional berasaskan kaum membuka `pintu’ kepada kaum lain dalam sidang akhbar tersebut.

Tetapi, dakwanya, beliau turut menyebut PAS yang merupakan sekutu DAP dalam pakatan pembangkang mengiktiraf keperluan berbilang kaum dalam parti tersebut dengan mempunyai sayap penyokong bukan Muslim iaitu Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

Justeru, beliau mendakwa terkejut kerana `diserang’ dengan teruk oleh golongan politik termasuk daripada parti PAS dan ahli akademik hanya kerana merujuk kepada laporan tentang sidang akhbar tersebut seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar arus perdana berbahasa Melayu.

“Pemimpin PAS tertentu turut sama turun ke lubang kehinaan dalam kritikan mereka kepada saya berhubung kenyataan saya tersebut,” dakwanya.

Media pada 6 November lalu melaporkan PAS mengutuk kenyataan Karpal yang menyarankan semua parti politik berasaskan kaum dan agama termasuk PAS yang merupakan sekutu rapat DAP dibatalkan pendaftarannya.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik menyifatkan kenyataan Karpal yang dianggap banyak pihak sebagai meludah ke langit setelah DAP sendiri dilihat merupakan parti cauvinis Cina, sebagai serius serta berbahaya.

Karpal dalam satu sidang akhbar sebelum ini dilaporkan menegaskan parti politik termasuk PAS serta pertubuhan profesional yang berteraskan kaum dan agama seperti PPMM tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana beliau menganggap perkara itu berbahaya kepada Malaysia.

Ia kerana PPMM pada 2 November lalu mengingatkan mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak mengambil sebarang pendirian partisan yang mengenepikan sensitiviti ribuan peguam Islam yang bernaung di bawahnya.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar turut memberi amaran bahawa PPMM “tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya ” jika Majlis Peguam terus mengambil langkah atau pendirian yang dilihat ” bercanggah dengan kepercayaan orang Islam “. – mynewshub.my

Daeng
Kalau dia mati mohon ramai ramai pergi langkah mayat dia, sebegini punya cabul pun PAS masih berlembut lidah?Jelas lagi terang KS menyindir Dewan Pemuda PAS angkara dari permohonan agar KS menarik balik kata kata beliau terhadap PAS.

Ketahian apakah yang DAP telah lakukan sehingga PAS seolah olah diperkudakan dari hari ke sehari Dewan Pemuda PAS sendiri menganjurkan Karpal Singh (KS) untuk memohon maaf secara terbuka berkenaan perkara ini walaupun MB Kelantan mengatakan KS hanya suara GANJIL didalam pakatan pembangkang sedangkan ini bukalah satu perkara yang memberi kelebihan kepada permuafakatan PAS dan DAP didalam PR.

Badan Peguam di Malaysia didominasi oleh golongan anti-agama seperti Ambiga dan tidak hairan lah segala bentuk dakwah islam cuba disepikan dari Malaysia dengan menggunakan badan peguam kononnya memperjuangkan hak sama rata dan hak kebebasan beragama sedangkan kemerdekaan hari ini ditunjangi oleh perkara perkara yang mengutamakan Islam dan Melayu di Malaysia.

Benar kata kata Zahid Hamidi "Tak suka, U boleh keluar"!!! Kepada pimpinan PAS tidak perlulah berlapik lagi dengan DAP dan PKR, sedar diri kalian dihentam teruk kerana mempertahankan mereka sedangkan mereka ibarat "mendukung biawak hidup" PAS tak untung malah rugi seruginya!!!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Dewan Pemuda PAS Disindir Karpal Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 12 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!