Tuesday, 12 November 2013

Dedah Tubuh Dan Dia Tidak Kisah Jika Dirogol?!

kalau rasa berdosa tengok instagram saya, tak payah tengok. Tutup mata. Tapi bila dah tengok, diam. - Lananordin

Itulah jawapan ringkas dan padat dari segintir manusia yang jahil. Sesiapapun berhak untuk melakukan apa sahaja yang tidak melanggar undang undang walaubagaimanapun sebagai seorang yang boleh bertoleransi dan bijak dalam tutur kata. Admin tak fikir dia boleh kata begitu.


Memetik kata kata beliau yang dirakamkan oleh sebuah portal dunia hiburan : 

Sebenarnya saya tak kisah kalau orang nak komen dalam akaun instagram, cuma saya tak boleh terima kalau orang itu kurang ajar. Instagram memang laman sosial, tapi kalau tak tahu macam mana nak bersosial dan nak menggunakan laman tersebut, baik tak payah guna.

Senang je, kalau rasa berdosa tengok instagram saya, tak payah tengok. Tutup mata. Tapi bila dah tengok, diam. Tak payah nak komen yang pelik-pelik.

Nak tegur boleh, tapi bukanlah sampai mengaibkan. Sedangkan ibu bapa saya kalau nak tegur pun, mereka tak akan tegur saya depan adik beradik yang lain. Mereka akan panggil saya senyap-senyap dan bercakap secara personally.

Kalau tengok dalam instagram saya ramai yang komen dan cakap perkara-perkara lucah. Saya tahu, perkara macam itu datang dari budak-budak, tapi kalau saya diamkan, perkara ini akan jadi berlarutan. Kalau boleh, saya tak nak orang datang dekat instagram saya semata-mata untuk bercakap benda lucah.


Tiada siapa boleh halang akan tetapi adakah beliau bingung atau stim kacang hijau bila respons macam orang tak sedar diri???!!!

Dia tahu dan sedar akan keadaan yang tidak stabil bakal terjadi jika dia menayangkan susuk tubuh dan dalam masa yang sama beliau cuba mengukir nama dalam bidang hiburan tanah air...


Setidaknya beliau berterima kasih (saiko balik) dan tidak melantun-lantun bila ditegur dengan cara berpakaian beliau dan dimuatnaik dilaman bergambar tu, Bagaimana pula jika beliau belakon lepas ini orang tak nak tengok?!!Sebab meluat!!!

Rasa pengiat seni di Malaysia kena diberi penekanan dalam hal begini...Ini Malaysia bukan Afrika sedar sikit adap ketimuran...


Tapis Internet

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya mengambil langkah drastik ke arah penapisan kandungan dan penggunaan internet di negara ini.

Beliau berkata, langkah itu mungkin dikritik pelbagai pihak kerana bercanggah dengan kebebasan dan hak asasi manusia, namun ia perlu dilaksana bagi mengelak penularan masalah sosial. 

“Kanak-kanak dan belia belasan tahun yang dulu tidak berpeluang melihat video lucah, sekarang ini dapat melihatnya tanpa dikawal sesiapa. 


Elak pelbagai jenayah

“Tidak dapat dinafikan bahawa bahan lucah seperti gambar dan video menyumbang kepada perlakuan pelbagai jenis jenayah yang dulu tidak pernah diperlakukan,” katanya.

Terdahulu, beliau menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada Majlis Konvokesyen Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Ke-16, di sini, semalam.

Anugerah itu disampaikan Canselor UNITEN, Datuk Seri Abdul Rahman Abbas, bagi mengenang jasa dan sumbangan Dr Mahathir khususnya dalam Pembangunan Komunikasi dan Teknologi (ICT). 
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata kerajaan pernah berjanji untuk memberi kebebasan meneroka dunia tanpa sempadan menerusi kemudahan internet.

“Janji itu dibuat ketika internet belum berkembang luas, tapi hari ini, kita dapati media sosial kini mudah disalah guna dan menyumbang kepada bertambahnya jenayah terutama membabitkan rogol dan bunuh.

CONTOH


Yuk Tim (MANGSA) dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada pukul 11 pagi untuk berjumpa rakan.

Salah seorang rakan mangsa kemudian meninggalkan remaja itu di kawasan Stesen Transit Aliran Ringan Kelana Jaya di sini sebelum dia dilaporkan hilang.

Mangsa yang baru selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dipercayai mengenali suspek sejak lima tahun lalu melalui laman Facebook.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Dedah Tubuh Dan Dia Tidak Kisah Jika Dirogol?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 12 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!