Monday, 25 November 2013

Chinadoll Pencen Bersepah Di Kuala Lumpur?!

Kita sering sahaja mengumpamakan "Sampah" merujuk kepada limpahan pendatang tanpa izin yang berlonggokan disekitar kota raya Kuala Lumpur kerana kehadiran mereka kerap dikaitkan dengan suasana tidak tenteram dan terdedah dengan pelbagai ancaman berrisiko seperti ragut, samun, pecah  rumah malahan ada yang disabitkan dengan kejadian bunuh.

Tidak dinafikan penguatkuasa bertugas berkerja keras dalam membenteras kelompok kelompok bergelendangan ini akan tetapi bilakah akan berakhirnya episod tangkap, kurung dan lepas ini?

Kuala Lumpur menjadi sasaran pendatang ini kerana limpahan ruang dan lubuk untuk mengaut keuntungan tambahan pula adanya taiko atau orang perseorangan memanipulasikan mereka seperti menjadi peminta sedekah atau penjual barangan tiruan.Termasuk menyewakan premis perniagaan yag sah kepada mereka-mereka..Adakah ini salah kerajaan juga?!

Adakah kita rakyat Malaysia terkenal dengan budi bahasa dan belas ehsan yang akhirnya mengundang kepada pengerumunan ini?

Kalau nak tunding semua pada kerajaan pernahkah kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya mengambil langkah bersama mengurangkan atau menolak kehadiran mereka ini didalam kelompok masyarakat Malaysia di Kuala Lumpur.

Mereka datang bukan dijemput malah kita "menghalau" mereka dari sini kerana bersebab, cukuplah lambakkan penganggur warga negara kita jangan ditambah beban yang tergalas.

Ayuh kita mulakan "STOP menderma dan membeli dari mereka" yang lain kita serah kepada penguatkuasa melakukan tugas mereka. Ini adalah pendapat peribadi saya yang tidak cuba membela atau menafikan apa yang ditulis oleh Mazidul. respons ini adalah dari artikel yang ditulis oleh  http://www.mazidulakmal.com/2013/11/tengku-adnan-harus-melihat-lebih.html. Kalau ikutkan meluat nak je aku humban seko seko dalam lombong, tak membawa faedah kepada negara malah memburukkan lagi nama Kuala Lumpur khususnya Malaysia menjadi pusat lambakkan pendatang tanpa izin yang meraih simpati rakyat Malaysia sendiri untuk terus hidup dalam kelembutan hati penduduk Kuala Lumpur sendiri.

Dahulu pendatang asing ini cukup takutkan anggota sukarelawan RELA, tetapi kerana desakkan individu yang berniat jahat akhirnya RELA hanya menjadi pasukan bantuan kepada Polis buat masa kini.


Warga China tua Ini yang pencen, yang belum pencen tu mesti ramai juga?!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Chinadoll Pencen Bersepah Di Kuala Lumpur?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 25 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!