Friday, 15 November 2013

Bunuh Dendam : Empat Suspek Utama Dikenal Pasti

Kes pembunuhan seorang lelaki di rumah sewanya di Simpang Pulai, di sini Sabtu lepas menjurus kepada dendam antara dua kumpulan kongsi gelap, kata polis.

Siasatan dan risikan polis setakat ini mendapati kesemua suspek dan mangsa kejadian itu terlibat dalam kegiatan kongsi gelap, kata Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani. Beliau berkata polis telah mengenal pasti empat suspek utama kes itu dan tangkapan akan dibuat pada bila-bila masa sahaja.


"Kejadian itu lebih menjurus kepada dendam antara kumpulan 04 dan 08, mungkin pertelingkahan tetapi bukan semata-mata perebutan kawasan," katanya kepada Bernama

Dalam kejadian pada 2.30 petang Sabtu lepas, seorang lelaki berusia 22 tahun maut ditetak di kepala, badan, kaki dan tangan oleh sekumpulan empat lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang di rumah sewanya di Taman Chandan Desa dekat Simpang Pulai.

Susulan itu, polis menahan tiga individu termasuk seorang lelaki yang dipercayai pemandu kereta kumpulan itu, dalam tempoh 48 jam selepas kejadian.- Bernama

Daeng : Aku tak dapat bayangkan kalau PR memerintah, demi matlamat mereka, sanggup halalkan apa jua cara. inilah akibatnya ISA dimansuhkan, Jangan salahkan Najib, Sebab ini yang pembangkang mahukan. Now kita sama sama menanggung!!!!




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bunuh Dendam : Empat Suspek Utama Dikenal Pasti Daeng Selili Rating: 5 Friday, 15 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!