Monday, 25 November 2013

Bekas Presiden Parti Disabit Kesalahan Rasuah

Seorang bekas pemimpin politik dikenakan hukuman penjara berjumlah 30 bulan dan denda RM2.75 juta oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini pada Jumaat selepas didapati bersalah atas dua tuduhan mengamalkan rasuah, lima tahun lepas.

Hakim Dean Wayne Daly menjatuhkan hukuman ke atas bekas presiden Parti Setia Sabah, Suaidin@Suhaidin Langkab@Langab, 63, selepas pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama, Suaidin dikenakan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM2 juta atau setahun penjara kerana meminta suapan sebanyak RM400,000 daripada Chew Ai Wah sebagai dorongan kononnya sebagai bayaran kepada pegawai di Jabatan Tanah dan Ukur (JTU).

Bayaran tersebut didakwa adalah bagi mengurus proses pengeluaran geran untukLot Tanah PT 80231840-PT80231842 and PT 80231849-PT80231852 dalam daerah Pitas, Sabah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Hotel Tang Dynasty di sini pada pukul 9.30 malam, 28 Ogos, 2008.

Bagi pertuduhan kedua, dia dikenakan hukuman senjara 12 bulan dan denda RM750,000 atau 10 bulan penjara kerana menerima suapan sebanyak RM150,000 daripada Chew untuk tujuan sama di Restoran Penyu, Hotel Nexus Karambunai Resort, dekat sini, pada pukul 9 malam, 19 September, 2008.

Mahkamah memerintah hukuman penjara itu berjalan serentak iaitu hukuman yang lebih berat, 18 bulan penjara.

Dalam penghakimannya, Daly berkata berdasarkan keterangan, alasan pihak pembelaan bahawa wang itu adalah wang cengkeram tidak dapat diterima serta kesalahan itu adalah serius dan boleh memberi imej buruk kepada JTU.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam tertuduh Zahir Shahuntuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan tertuduh dibenarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Pada 13 April 2012, Suaidin didakwa dan mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan tersebut mengikut Seksyen 10(a)(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000.Sebanyak 21 saksi pendakwa dan lima saksi pembela dipanggil memberi keterangan.

Pihak pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Joyce Blasius dan Pengawai Pendakwa Awang Samsul Baharam. - beliabangkit

Daeng : Elok pun..kasi rasa skit..pasal manusia macam nie la buat orang menyampah dengan politik Malaysia hari ini





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bekas Presiden Parti Disabit Kesalahan Rasuah Daeng Selili Rating: 5 Monday, 25 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!