Friday, 22 November 2013

Asalnya Nama UMNO sebenarnya UMO!

Fakta : Dato' Onn mencadangkan nama Pertubuhan Melayu Bersatu (United Malays Organisation) UMO bagi pertubuhan yang baru dibentuk itu. Bagaimanapun, Pendita Zaaba mencadangkan ditambah perkataan 'kebangsaan' pada nama pertubuhan bagi mencherminkan dasar pertubuhan yang lebih merangkumi seluruh negara. Cadangan Pendita Zaaba telah mendapat persetujuan orang ramai. Keputusannya, persidangan bersetuju menukar nama parti dari 'UMO' kepada 'UMNO'.


Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Daeng :
Dulu wakil kanak kanak ada...sekarang?!Pap..papp...praaaapppp....


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Asalnya Nama UMNO sebenarnya UMO! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 22 November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!